Monday, November 15, 2010
Tahniah Muaz & Anas
Tuesday, November 9, 2010
Komitmen dan Fokus
- dari 24 jam sehari yang Allah SWT kurniakan pada aku, berapa jam yang aku peruntukkan untuk anak-anak?
- dari sejumlah RM rezeki yang aku terima setiap bulan, berapa banyak aku peruntukkan untuk pendidikan dan kebajikan anak-anak?
- dari lebih 100 billion neuron dalam otak aku, berapa peratus yang digunakan untuk fikir tentang insan-insan kecil yang telah Allah SWT amanahkan pada aku?
Thursday, September 2, 2010
Tinggal 7 Hari...
Thursday, August 12, 2010
Salam Ramadhan 1431
Bila tengok ramainya manusia kat masjid ni, teringat masa bulan puasa di universiti dulu...memang seronok kalau berbuka di masjid. Lebih kurang pukul 6.30 petang, biasanya ramai yang dah menunggu kehadiran van yang bawak makanan...entah siapa yang sedekah...wallahu a'lam. Yang pasti aku & kawan-kawan biasanya dapat tapau dua bekas polystyrene, satu untuk buka & satu untuk sahur...jimat...jimat.. Biasalah budak lelaki memang selalu berkira sikit bab makan ni...duit banyak habis untuk upgrade komputer & beli prepaid...heheheh...
Itulah yang dinamakan kenangan...dan kenangan itulah yang dah banyak mendidik diri untuk menjadi manusia yang lebih bersyukur. Semoga jiwa ini terus terdidik dan menerima tarbiyyah untuk mampu berdiri dengan sejahtera di hadapan Pencipta nanti....Amin.
Monday, May 3, 2010
Lebih Zalim Dari Firáun
Monday, April 19, 2010
Harga Sebuah Keimanan
kerana hati tiada iman
kerana hati tak bercahaya
dengan kasih dan cintaMu Tuhan
alangkah indahnya
kiranya hati ini bersinar
dengan segala sifat terpuji
menuju keredhaanMu Ilahi
keimanan tiada gantinya
walau segala harta di dunia
mujahadah jalan yang utama
memiliki jiwa yang bertaqwa
keinsafan tiada ternilai
walau dengan permata berharga
kesedaran adalah paling utama
memulakan segalanya
alangkah sedihnya
kiranya hati tidak terasa
diri ini sebagai hamba
kepada Allah Yang Maha Pencipta
alangkah bahagianya
kerana iman sudah terisi
di dalam hati dan sanubari
memohon keampunanMu ilahi
Friday, February 19, 2010
Jangan Menghina Hukum Allah...
Wednesday, February 17, 2010
Selepas ni, apa?
Wednesday, February 3, 2010
Benarkah Iskandar Bukan Zulqarnain?
Thursday, January 28, 2010
Buat YB Zul dan YB Khalid...
Monday, January 11, 2010
Demi Matahari
Wednesday, January 6, 2010
Mereka Terus Ketawa........
Thursday, November 26, 2009
Perkahwinan Sekufu - Pandangan Peribadi
Kalau kita amati trend orang dulu-dulu, perempuan biasanya berkahwin pada usia muda, selewat-lewatnya 20 tahun...dan bersuamikan seorang lelaki yang berusia sekurang-kurangnya 5 tahun lebih tua. Perkahwinan mereka itu kukuh dan stabil, hanya sekali sekala 'tergigit lidah' yang memang lumrah hidup berumahtangga. Pandangan aku, kebolehan suami dalam mencorak dan membuat keputusan yang matang dengan pengetahuan dan pengalaman merupakan faktor terbesar dalam mengekalkan keharmonian keluarga. Dalam Islam pun, lelaki diangkat dengan kelebihan dalam membuat keputusan, penghakiman dan penyaksian. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui perihal hambaNya. Wanita dikurniakan Allah SWT dengan sifat emosional sebagai isteri dan ibu, menyerlahkan kelembutan dan sifat menyayangi. Justeru, keputusan yang dibuat kaum hawa punya kecenderungan untuk dipengaruhi emosi dan perasaan yang perlu diimbangi kematangan seorang lelaki. Seorang isteri yang sentiasa ingin berada pada kedudukan sebagai 'primary decision-maker' dalam sesebuah institusi keluarga berkemungkinan meletakkan kestabilan keluarga dalam suasana 'kurang sihat' oleh kerana si suami akan sentiasa pula merasakan dirinya diperlecehkan.Wednesday, September 16, 2009
Taqwa dan Syukur...
Wednesday, September 9, 2009
Perangkap Propaganda Yahudi & Kristian
Monday, September 7, 2009
Ramadhan 1430H : Separuh Masa Kedua....
Thursday, August 27, 2009
Salam Ramadhan 1430 Hijriyyah
Salam Ramadhan Al-Mubarak buat sahabat-sahabat pembaca. Mungkin ucapan ni agak terlambat sebab kita telah pun mengharungi hari ke-6 berpuasa, tapi harapnye belum terlalu lewat untuk aku berkongsi minda dan cerita untuk renungan dan penghayatan bersama. Saturday, June 13, 2009
Ali bin Abi Talib : Mutiara Ilmu Islam
Alhamdulillah...aku baru je habiskan baca buku ni, Ali bin Abi Talib: Mutiara Ilmu Islam oleh Abdul Latip Talib. Pada awalnya aku jangkakan akan membaca cerita-cerita yang aku dah biasa dengar & tahu tentang riwayat hidup Saiyidina Ali, tapi ternyata telahan aku meleset. Apa yang aku temui adalah kupasan hidup seorang sahabat nabi yang mampu membawa aku berfikir & menghayati betapa jauhnya nilai kehidupan seorang Islam dulu dengan apa yang kita lalui sekarang. Dan aku juga melihat betapa sejarah telah membuktikan bahawa keghairahan berpolitik mampu merobek nilai-nilai akhlak, perpaduan, persahabatan & persaudaraan. Banyak yang baru bagi aku, banyak iktibar, teladan mahupun sempadan yang boleh diambil untuk menjalani kehidupan sebagai seorang individu Muslim dan sebagai seorang umat kerdil akhir zaman...Wednesday, April 29, 2009
Keputusan Kabinet...Bagai Api Dalam Sekam...
24 April 2009, aku terbaca berita pasal keputusan kabinet bahawa anak dibawah umur kekal agama asal ibu bapanya walaupun salah seorang menganut Islam. Aku tak pasti macam mana pandangan orang lain pada perkara nie tp bagi aku it is a disaster...linkTuesday, March 24, 2009
Perjuangan Bangsa vs Perjuangan Agama...
- Golongan yang pada asalnya memperjuangkan survival bangsa tapi tersesat dek kerana mengutamakan kepentingan peribadi berbanding matlamat organisasi;
- Golongan memperjuangkan keadilan dalam konteks Malaysia tanpa mengabaikan hak istimewa orang Melayu; dan
- Golongan yang menjadikan Islam sebagai dasar perjuangan tanpa berbataskan elemen kebangsaan.


Pada aku, golongan yang ketiga lah yang patut diberikan dokongan sebab itulah tugas hakiki kita sebagai umat yang mewarisi tugas para nabi. Mungkin ada yang kurang bersetuju Islam diperjuangkan melalui jalan politik, tapi kalau kita sorot semula perjuangan para nabi terdahulu, pasti kita punya jawapan kenapa kuasa politik tu penting. Sekadar memberi beberapa contoh, pertentangan tentera Thalut dan Jalut pada zaman Nabi Daud a.s., pertembungan Nabi Musa & Firaun & Perjanjian Aqabah 2 antara Rasulullah SAW dengan Muslimin Madinah menunjukkan mengapa Islam perlu menguasai kepimpinan. Selain itu, kaedah penyebaran Islam pada zaman Khulafa'ur Rasyideen, zaman Bani Uthmaniyyah dan Bani Abbasiyyah juga antara contoh bagaimana kuasa politik membantu dalam mendaulatkan Islam. Semasa Islam di bawa ke Tanah Melayu pun, penyebarannya bermula dari istana yang merupakan pemegang kuasa politik ketika itu. So, harapnya aku dah boleh buktikan kenapa politik tu penting.
Di bumi Malaysia perjuangan politik Islam nie wujud sekitar tahun 1951 dengan matlamat untuk menjadikan Tanah Melayu (Malaysia) sebagai sebuah negara Islam. Kebangkitan ini dicetuskan para ulama' yang mendapat pendidikan di universiti-universiti di Timur Tengah. Ulama'-ulama' ini yang pada mulanya menyertai perjuangan yang bersifat kebangsaan beralih kepada sebuah organisasi yang lebih memberi fokus terhadap kedudukan Islam setelah merasakan terdapat kekurangan dari aspek matlamat perjuangan mereka. Bagi mereka, Islam seharusnya bukan sekadar agama rasmi negara tapi perlu dinobatkan sebagai satu dustur yang paling agung mengatasi perlembagaan ciptaan manusia.
Tak dinafikan perjuangan bangsa Melayu merupakan perjuangan yang murni untuk memastikan survival kita di tanah air kita sendiri, namun janganlah sehingga ketaksuban kita terhadap perjuangan tersebut membuatkan kita lupa pada tanggungjawab kita terhadap agama.
Cita-citaku Islam gemilang...
Cita-citaku Daulahnya berulang...
Cita-citaku Islam cemerlang...
Cita-citaku Islam tinggi menjulang...
















