Tinggal 7 hari lagi puasa, Ramadhan yang cemerlang untuk Muaz & Anas. Setakat ni Muaz dah berjaya puasa penuh sebanyak 15 hari & Anas 14 hari...tahniah untuk buah hati ayah. Fiza pulak terpaksa melalui Ramadhan ni dengan 'mabuk & loya', berat badan pun dah susut beberapa kilo sebab tak lalu makan masa buka & sahur. Kesian, nampak lemah sangat dia menahan mabuk... So untuk memudahkan Fiza, aku biarkan dia decide menu untuk buka & sahur, supaya kena dengan selera dia, sekurang-kurangnya berisi juga perut dia. Hmm...Itulah sebahagian dari pengorbanan seorang ibu...
7 hari lagi, bulan "Rahmah & Maghfirah" ni bakal meninggalkan kita, memberi kita 354 hari lagi untuk ketibaannya semula, entahkan dapat entahkan tidak. Mengukur diri sendiri, masih banyak yang sepatutnya aku lakukan untuk menghampirkan diri pada fitrah, masih kurang usaha untuk meningkatkan taqwa, masih kurang bersyukur pada hikmah Ramadhan yang Allah SWT kurniakan. Betul kata Ust. Arif Jasiman, kadang-kadang kita seolah-olah sombong dengan Tuhan, 30 hari diberi peluang untuk mengejar pahala yang berganda-ganda, untuk menghapus dosa dibawah maghfirahNya, tapi kita buat 'dek....aje'. Dah dikhabarkan wujudnya 1 malam yang lebih baik dari 1000 bulan (83 tahun 4 bulan), tapi kita tak usaha untuk mendapatkannya... Sama-samalah kita usaha, sekurang-kurangnya kita mampu menjadi Ramadhan tahun ini lebih baik dari Ramadhan sebelumnya. Semoga Allah SWT menjauhkan kita dari jurang Neraka-Nya dan memilih kita untuk menerima buku amalan dengan tangan kanan.
Salam. Tahniah Muaz & Anas dapat puasa penuh. Aleeya pun tahun ni baru belajar puasa. Alhamdulillah... dapat le jugak puasa penuh sehari tapi tak cukup sebulan :p 5-6 hari gak le yg kantoi puasa sekerat, balik sekolah mintak air minum secawan pastu sambung puasa lagi.
ReplyDeleteAku tak hilang le... skang ni dapurteja jek yg aktif. Blog 1 lg aku rehatkan dl. Nak tgk2 kuih raya gi le dapurteja.
Selamat Beramal Ibadah Che Din :)
Wksalam Teja. Tahniah Aleeya, okay la kantoi 5-6 hari je, yang penting cuba... Aku pun takut juga nak paksa Muaz & Anas puasa, takut diorg x ready lg...
ReplyDeleteDapur kau tu aku setakat melawat je la, klu amik resipi pn x rajin nak buat...:P
InsyaAllah, sama-sama kita tingkatkan ibadah.