Friday, March 27, 2009
Post Tenangkan Minda : Makanan Favourite Hari Jumaat
Tuesday, March 24, 2009
Perjuangan Bangsa vs Perjuangan Agama...
- Golongan yang pada asalnya memperjuangkan survival bangsa tapi tersesat dek kerana mengutamakan kepentingan peribadi berbanding matlamat organisasi;
- Golongan memperjuangkan keadilan dalam konteks Malaysia tanpa mengabaikan hak istimewa orang Melayu; dan
- Golongan yang menjadikan Islam sebagai dasar perjuangan tanpa berbataskan elemen kebangsaan.
Pada aku, golongan yang ketiga lah yang patut diberikan dokongan sebab itulah tugas hakiki kita sebagai umat yang mewarisi tugas para nabi. Mungkin ada yang kurang bersetuju Islam diperjuangkan melalui jalan politik, tapi kalau kita sorot semula perjuangan para nabi terdahulu, pasti kita punya jawapan kenapa kuasa politik tu penting. Sekadar memberi beberapa contoh, pertentangan tentera Thalut dan Jalut pada zaman Nabi Daud a.s., pertembungan Nabi Musa & Firaun & Perjanjian Aqabah 2 antara Rasulullah SAW dengan Muslimin Madinah menunjukkan mengapa Islam perlu menguasai kepimpinan. Selain itu, kaedah penyebaran Islam pada zaman Khulafa'ur Rasyideen, zaman Bani Uthmaniyyah dan Bani Abbasiyyah juga antara contoh bagaimana kuasa politik membantu dalam mendaulatkan Islam. Semasa Islam di bawa ke Tanah Melayu pun, penyebarannya bermula dari istana yang merupakan pemegang kuasa politik ketika itu. So, harapnya aku dah boleh buktikan kenapa politik tu penting.
Di bumi Malaysia perjuangan politik Islam nie wujud sekitar tahun 1951 dengan matlamat untuk menjadikan Tanah Melayu (Malaysia) sebagai sebuah negara Islam. Kebangkitan ini dicetuskan para ulama' yang mendapat pendidikan di universiti-universiti di Timur Tengah. Ulama'-ulama' ini yang pada mulanya menyertai perjuangan yang bersifat kebangsaan beralih kepada sebuah organisasi yang lebih memberi fokus terhadap kedudukan Islam setelah merasakan terdapat kekurangan dari aspek matlamat perjuangan mereka. Bagi mereka, Islam seharusnya bukan sekadar agama rasmi negara tapi perlu dinobatkan sebagai satu dustur yang paling agung mengatasi perlembagaan ciptaan manusia.
Tak dinafikan perjuangan bangsa Melayu merupakan perjuangan yang murni untuk memastikan survival kita di tanah air kita sendiri, namun janganlah sehingga ketaksuban kita terhadap perjuangan tersebut membuatkan kita lupa pada tanggungjawab kita terhadap agama.
Cita-citaku Islam gemilang...
Cita-citaku Daulahnya berulang...
Cita-citaku Islam cemerlang...
Cita-citaku Islam tinggi menjulang...