Salam Ramadhan Al-Mubarak buat sahabat-sahabat pembaca. Mungkin ucapan ni agak terlambat sebab kita telah pun mengharungi hari ke-6 berpuasa, tapi harapnye belum terlalu lewat untuk aku berkongsi minda dan cerita untuk renungan dan penghayatan bersama.
1430H, masuk tahun ke-5 aku menyambut Ramadhan sebagai seorang suami, sekaligus tahun ke-4 sebagai seorang bapa. Saban tahun, Ramadhan datang dan pergi dan aku masih di sini sebagai seorang manusia yang masih diberi kesempatan untuk menimba barakah, rahmah dan maghfirah yang melimpah ruah. Alhamdulillah....syukur, namun akan tiba satu ketika kesempatan tidak lagi menyebelahi aku. Kerapkali aku membuka Ramadhan dengan tekad memperbaiki kualiti muslim dan mu'min dalam diri, dan kerapkali juga ruang dan peluang tidak aku manfaatkan sebaiknya. Pada usia yang mencecah 30, teringat pada sabda Nabi SAW, "Siapa saja yang mencapai umur 40 tahun tetapi kebaikannya tak dapat mengatasi kejahatannya bersiap-siaplah untuk ke Neraka". Naúzubillah...
Tanggungjawab yang digalas menyedarkan lagi betapa aku harus segera bangkit bukan sekadar untuk memperbaiki diri sendiri, tapi untuk memimpin semua yang dibawah tanggungan untuk benar-benar menghayati Ihya' Ramadhan. Pesan seorang sahabat/ustazah dalam blognya membuat hati aku tersentak, "...melatih anak berpuasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi lebih dari itu adalah melatih nafsu untuk tunduk patuh kepada arahan Allah SWT, Tuhan Yang Maha Berkuasa. Mengawal keinginan diri untuk bertindak berpandukan syariatNya. Itulah hikmah TAQWA yang harus dititikberatkan dalam pendidikan berpuasa anak-anak, sejak mereka kecil lagi...".
Tahun ini Muaz dan Anas mula belajar berpuasa, tahun ini aku akan gandakan usaha. Semoga Allah SWT memilih aku untuk menghiasi Ramadhan ini lebih dari apa yang pernah aku lakukan sebelum ini....Amin.
Che Din, sesungguhnya kita ni mudah sangat leka, sama2lah berubah ke arah kebaikan. Amin.
ReplyDeleteAku pun sebelum nak suruh anak puasa kena fahamkan dulu kat dia puasa tu apa dan kenapa kena puasa. Bukat takat upah duit raya cam zaman kanak2 aku dulu. Kena latih perlahan2. kena sabar. kena bagitau apa yg boleh apa yg x boleh. kekadang bersekolah awal 1 kelebihan kat dia. Dah pandai baca kitab sendiri. Dah tau rukun islam & iman. Sebab tu anak no 2 aku tu x mula pose lg...nak bersuci pun x reti.. apatah lagi nak soh puasa...
aku pn explain jugak kt diorg psl puase, ala2 opah dlm citer upin ipin tu...heheheh...
ReplyDeletekaedah bagi upah tu blh juga nak dibuat, sekadar penaik semangat diorg jer...latih diorg puasa awal ni pun lebih kepada nak biasakan diorg supaya x terkejut nnti bila nk puasa betul...
Che Din, anak aku dah mengajukan soklan,boleh ke pose siang2 curi makan ayam goreng cam upin ipin tu? he3...boleh ke pose sekerat ari? kenapa x leh korek tinga, korek idung...siap tanya klu nak buang taik hidung cemana? soklan tu nampak cam lawak....tp jenuh gak le aku nak terangkan...
ReplyDeletePaling best time nak buka pose, memasing berebut bukak radio tunggu azan nak baca doa..he3...
1 lg pengalaman aku, pastikan anak2 tu minum banyak air, cam kes anak aku part dlm mulut mudah sgt kena mata ikan...sekali kena mau 3 biji...sian tgk, siap2 standby bonjelo..
heheheheh...masalah besar tu bg diorg....
ReplyDeleteanak aku setakat ni setengah hari je, tp diorg setakat minum susu & makan ckit je tghari, pastu smbung pose smpai ptg...okay la tu...diorg ni pn kerap juga kena mata ikan tu, tp alhamdulillah la bulan pose nie cuaca x bape panas sgt...
nk kongsi pengalaman puasa bersama somi aku. dia pon mcm anak3 korang jugak, cuma anak3 korang kecik somi aku dh besar. tp dugaan bila dh besar ni makin besar gak. maklumlah 30thn dia hidup x pernah puasa. time kapel dlu ade la dia blajar puasa. ini puasa ke-2 aku berpuasa dgn dia. puasa 1 dlu, aku xde kat sisi sbb ddk jauh. now dh dekat, mudah utk aku sediakan keperluan dia. pagi kejut sahur, mudah je. xyah nasi, asal ada susu n roti/biskut. cukup utk dia. sambil dia minum aku bckan ayat al-kauthar moga dia x dahaga or lapar time puasa.
ReplyDeletedia pon tanya nape xleh korek idung....or telinga...hmmm aku mmg kena kuat semangat utk beri dia semangat. dan aku kena lebih sabar.
mmg patut la dia rasa janggal, tp insya-Allah lama2 kelamaan dia blh biasakn diri. klu x nk dia terasa sgt ms bulan pose ko blh ajak dia pose sunat sekali2...
ReplyDelete