Salam YB yang dikasihi,
Saya sebagai marhaien yang kerdil berdoa kepada Allah SWT semoga perjuangan Islam akan terus hidup subur di bumi Malaysia.
Berhubung dengan isu penggunaan kalimah Allah oleh orang Kristian, saya amat berharap perbezaan pendapat antara YB Zulkifli dan YB Khalid dapat diselesaikan dengan cara yang baik. Oleh kerana tiada nas yang jelas menghalang penggunaan kalimah Allah oleh Kristian, bukanlah sesuatu yang menjejaskan akidah jika kita 'memberi izin' untuk orang Kristian menggunakan kalimah Allah dalam agama mereka. Walau bagaimanapun, sememangnya terdapat kemungkinan besar pihak Kristian akan menyalahgunakan kalimah Allah bagi tujuan mengelirukan umat Islam. Kedua-dua pandangan pro dan kontra terhadap isu tersebut mempunyai asas dan hujah, dan masing-masing banyak bergantung pada hukum akal dan keadaan semasa. Saya yakin YB berdua lebih memahami isu ini berbanding saya. Justeru semangat musyawarah seperti yang diamalkan di zaman Rasulullah SAW dan para Khulafa' Ar-Rasyidin wajar dijadikan panduan dan teladan dalam menangani perbezaan pendapat. Sesungguhnya Rasulullah SAW merupakan contoh ikutan yang terbaik. Sikap berlapang dada, menghormati dan meraikan pendapat yang berbeza seperti yang diamalkan oleh Imam-Imam Mazhab dan ulama' silam juga wajar dicontohi.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu Wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertawakal kepada-Nya" (Surah Ali Imran , ayat 159)
Harap YB berdua dapat menerima kata-kata saya sepertimana Khalifah Umar dapat menerima teguran dari seorang wanita tua. Saya melihat 'perang' melalui media antara YB Zulkifli dan YB Khalid hanya akan meruntuhkan kredibiliti YB berdua di mata rakyat. Keegoan yang membawa kepada persengketaan dan perpecahan hanya merugikan umat Islam dan menguntungkan musuh Islam. Berdamailah, atas dasar kasih kita kepada Allah SWT dan agamaNya, pasti ada jalan dan kaedah yang lebih indah dalam menangani masalah ini. Mudah-mudahan Allah menunjukkan kita jalan yang benar...
* komen ini telah dihantar kepada YB-YB yang dikasihi melalui blog.
surat chenta terbuka nampak..cayalah! ;)
ReplyDeleteYe la Qim...chenta saudara seagama dan chenta pada pejuang agama...
ReplyDeleteFrust sgt, yg sesama Islam pun tak boleh nk selesaikan isu penggunaan kalimah Allah oleh kristian ni secara baik, belum lagi berdialog & berdebat dengan orang kristian...
chedin, aku pernah disuruh nyanyi lagu negeri johor oleh suami aku. pastu aku pon nyanyilah dgn penuh semangat :D. lps je aku nyanyi lagu ni, somi aku cakap, "kalau macam tu lagu ni xboleh dinyanyikan oleh org non-muslimlah sbb ade perkataan Allah pada awal liriknya". dalam diam aku mengiakan cakap somi aku. aku pon x terfikir tntg lagu ni. tp aku jwb (atas kefhmn aku yg cetek ni la)...sbnrnya mereka yg menghalang penggunaan nama Allah ni sbb mereka takut jika berlaku penyelewengan dalam penggunaan nama Allah ni. aku rasa takde maksud lain. tp sbnrnya aku pun tidak nmpk kenapa tidak boleh mereka (kristian) menggunakan kalimah Allah tu. cuma ade rasa was3 dgn agenda mereka. tapi 1 yg aku tahu, dlm setiap agama (tidak kira kristian, buddha, hindu dll) sbnrnya Allah itu adalah Tuhan mereka juga, cuma cara kepercayaan mereka yg 'terpesong' yg membezakan samada muslim atau tidak mereka itu. tp aku nk berkata lebih pun tak berani sbb aku ni jahil.
ReplyDeleteMaity, kekhuatiran terhadap agenda tersembunyi orang kristian memang berasas kalau kita tengok gerakan kristianisasi yg makin membimbangkan. Dalam keadaan ramai org Islam yg x mahir dgn Al-Quran, takut ada yg confuse antara kandungan kitab suci Al-Quran dgn bible.
ReplyDeleteTp kita mmg xde hak mutlak nk halang diorg dari guna kalimah Allah since x dalil yg melarang. Aku pernah baca terjemahan injil barnabas, iaitu catatan ajaran Nabi Isa oleh salah seorang muridnya bernama Barnabas. Dalam injil tu memang menggunakan kalimah Allah merujuk kepada Tuhan. Kalau rujuk firman Allah SWT dalam surah Al-Ankabut ayat 61 ni pn menunjukkan Allah Taala akui orang kafir mmg menganggap Allah sebagai pencipta langit dan bumi;
"Dan sesungguhnya jika kamu tanyakan kepada mereka:"Siapakah yang menjadikan langit dan bumi dan menundukkan matahari dan bulan?" Tentu mereka akan menjawab:"Allah", maka betapakah mereka (dapat) dipalingkan (dari jalan yang benar)."
Ulama' kita kena bertindak pantas dlm isu ni, mungkin antaranya buat garispanduan dan syarat sebagai langkah kawalan kalau benar org kristian dibenarkan guna kalimah Allah. Bahaya kalau isu ni pending lama, nnti ada yg menangguk di air keroh...
maity, isu ni ramai yg salah faham atau ramai yg sengaja buat org salah faham. kita bukan tak beri mereka guna atau sebut Allah. tapi tak izin mereka refer Allah sebagai bukan Tuhan yg Esa.
ReplyDelete...........................................
aku tanya Louis, ada tak dalam Bible dia guna perkataan Allah, dia kata tak ada pon
malam kelmarin, aku buka tafsir quran (yg kebetulan ada di office). Louis buka e-bible dari iPhone dia. cerita pasal keturunan nabi Isa. Asalnya dari buku KIAMAT tu la, mcm2 aku tanya. nasib baik dia OK
hmmm...sudi juga awa jenguk blog buruk aku nie...thanks...
ReplyDeletemcm yg aku mention sebelum ni, isu ni sepatutnya diserahkan kepada golongan yg arif, yg tahu hukum hakam dan yg mahir dalam ilmu perbandingan agama. Ahli politik seharusnya jangan bertindak mengelirukan rakyat demi utk mendapatkan sokongan. Ada perkara yg boleh dirasionalkan dengan akal dan ada yg perlu dirujuk kepada ketetapan dan hukum. Kita bermatlamat untuk menjaga kesucian agama, aqidah dan keyakinan masyarakat Islam, tapi dalam masa yg sama kita perlu bertindak secara hikmah sepertimana yg Rasulullah SAW tunjukkan ketika berurusan dengan orang kafir semasa peristiwa Perjanjian Hudaibiyah. Melalui hikmah akan terzahirlah keindahan Islam yg menjadi dakwah bagi menarik minat orang kafir kepada Islam. Inilah matlamat perjuangan Islam.
ahahaha sejak akhir2 ni, blog sendiri pon tak berjenguk, camne la nak jenguk blog orang :)
ReplyDeletehmmm...xpe la awa, ikut kesempatan...aku appreciate komen & buah fikiran kengkawan bagi mengimbangi pendapat sendiri...
ReplyDeleteAnyway, nk share komen Ust. Zaharuddin...
http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=910&Itemid=72