Showing posts with label Hiburan. Show all posts
Showing posts with label Hiburan. Show all posts

Monday, January 11, 2010

Demi Matahari



Demi matahari dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila ia mengiringi
Demi siang hari bila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi

Demi langit beserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada di hamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya

Allah, Subhanallah … Allah, Subhanallah
Allah, Subhanallah … Allah, Subahanallah

Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan
Beruntung bagi yang mensucikan-Nya
Merugi bagi yang mengotori-Nya ... Subhanallah


Album : Di Pintu Langit
Munsyid : Snada
Cipt. : M. Lukman Nunasyim

Friday, August 14, 2009

Perginya Seorang Pejuang : Allahyarham Ust. Asri Ibrahim

Al-Fatihah. Tanggal 13 Ogos 2009 menyaksikan perginya sebutir bintang yang telah sekian lama menyinari persada perjuangan nasyid, Allahyarham Ustaz Asri bin Ibrahim. Mesra dengan gelaran Ust. Asri, beliau merupakan salah seorang 'sifu' yang bertanggungjawab memartabatkan nasyid sebagai wadah dakwah dan perjuangan disamping memberi alternatif hiburan kepada masyarakat.


Secara peribadi, saya mula meminati beliau sekitar tahun 1994 melalui album Munajat (Nadamurni). Itu jugalah merupakan detik terpautnya hati saya pada irama nasyid. Lagu-lagu seperti Munajat, Nun Di Sana Cita-Cita Kita, Sunnah Berjuang, Sifat 20, Marilah Berkasih Sayang dan Bila Nur Melimpah Dihati adalah antara lagu-lagu dendangan beliau yang tak pernah lenyap dari ingatan saya, malah lagu Sunnah Berjuang jugalah yang membawa saya menjadi seorang penasyid pada hari ini.


Peluang mengenali beliau secara dekat melalui beberapa persembahan bersama merupakan kenangan yang sangat menggembirakan. Antara persembahan bersama yang masih segar dalam ingatan adalah Malam Gemilang Seni Dijulang di Pusat Matrikulasi UIA, Malam Kebudayaan Islam di UM dan konsert sempena Konvokesyen UIA. Gema suara beliau yang lunak seakan terngiang-ngiang di telinga. Subhanallah...merdu yang amat.


Walaupun hanya beberapa kali bertemu, saya dapat merasakan keramahan dan tawadhuknya beliau sehinggakan kita tidak rasa janggal untuk berurusan mahupun untuk berbual santai. Takziah saya untuk seluruh keluarga Allahyarham. Semoga Allah mencucuri Rahmat, Maghfirah dan Kasih SayangNya ke atas Allahyarham.

Monday, April 13, 2009

Ihtifal Nasyid Sempena Karnival Amal Mesra Kota Damansara

11 April 2009, hari Sabtu, Kumpulan Haikal terlibat sebagai juri untuk program Ihtifal Nasyid bersempena Karnival Amal Mesra Kota Damansara. Program nie anjuran Sekolah Rendah Integrasi Al-Faizeen...bertempat di Dewan Komuniti Seksyen 7, Kota Damansara...


Oleh sebab programnya cuma beberapa jam (dari pukul 2 sampai pukul 6 petang) & wife pun dah plan nak balik Batu Pahat, aku decide untuk naik bas jer ke KL, memang macam nie pun rutin aku kalau Haikal ada show... Naik bas pukul 8 pagi & sampai kat tapak karnival tu sharp pukul 2. Masuk dewan, geng Haikal yang lain dah ready kat meja juri & kumpulan giliran pertama dah pun ada atas pentas...



Pertandingan dibahagikan kepada 2 kategori; rendah & menengah... memula sekolah rendah, ada 6 participants, dari segi suara boleh tahan juga bebudak nie...yang lebih aku impressed, percussionist diorg...kalau peringkat sekolah rendah diorang dah boleh main mcm tu, surely diorang boleh jadi percussionist yang hebat nanti...



Untuk peringkat sekolah menengah, ada 8 penyertaan, voice-harmonization adalah elemen tambahan. Hebat-hebat adik-adik nie, masa aku sekolah dulu pun tak tau lagi pecahan suara yang macam diorang buat tu...



Dari pemerhatian aku, bebudak nie semuanya berbakat & diorang ada minat untuk menceburi bidang muzik sama ada sebagai hobi mahupun sepenuh masa... Jadi sewajarnyalah, industri nasyid yang masih dapat sambutan nie dipelihara bagi memberikan adik2 nie alternatif yang lebih baik dalam mengenali muzik... sekurang-kurangnya ada medan yang lebih Islamik untuk diorang kembangkan bakat...

Monday, August 4, 2008

Hiburan Dalam Islam

Isu pembatalan permit konsert-konsert di Johor Bahru yang sibuk digembar-gemburkan media 'hangit' diperkatakan. Gembar-gembur berita dicanang kononnya pihak berkuasalah yang zalim dan artis-artis lah yang teraniaya. Peraturan, batas-batas dilihat sebagai satu yang menyusahkan & bertentangan dengan prinsip 'kebebasan'. Isu hukum berhibur telah berulang kali diperkatakan.

Walaupun terdapat beberapa khilaf, sebagai seorang Islam, secara umumnya kita mengetahui apakah batas-batas asas dalam berhibur. Teringat pulak saya masa Michael Jackson datang ke Malaysia dalam tahun 90-an, ramai anak gadis Melayu yang menangis dan histeria....tu dah kira idolisme tu.....


Memang tak dinafikan fitrah manusia suka pada hiburan, malah pada awal kejadian manusia pun Allah SWT jadikan Hawa sebagai teman kepada Adam sebagai teman untuk berhibur dan bersenang-senang. Di syurga pun Allah SWT letakkan hiburan sebagai salah satu faktor penarik untuk memberi rangsangan kepada manusia. Tapi sementara kita di dunia ni, kita tertakluk pada batas-batas syarak yang perlu dijaga dalam mengisi kehendak naluri kita. Antara batasan-batasan dalam berhibur termasuklah:

  • Tiada unsur maksiat.
  • Tiada mesej-mesej yang dilarang oleh Islam seperti lucah, syirik, melalaikan
  • Tidak berlebih-lebih dari segi waktu kerana hiburan itu sifatnya haruslah sampingan.

Justeru kehadiran nasyid dan peranannya dalam menyampaikan dakwah Islamiah harus kita sambut dengan tangan terbuka. Saya cuba buat simple research untuk ketengahkan beberapa dalil yang boleh membantu dalam mencari status nasyid yang saya kategorikan sebagai satu alternatif hiburan yang sederhana. Terdapat beberapa hadis sohih yang menyatakan hiburan yang sederhana adalah dibenarkan dalam Islam antaranya:

"Dari Aisyah r.a, bahwa ketika dia menghantar pengantin perempuan ke tempat laki-laki Ansar, maka Nabi bertanya: Hai Aisyah! Apakah mereka ini disertai dengan suatu hiburan? Sebab orang-orang Ansar gemar sekali terhadap hiburan." (Riwayat Bukhari)

"Dari Ibnu Abbas r.a. ia berkata: Aisyah pernah mengahwinkan salah seorang kerabatnya dengan Ansar, kemudian Rasulullah s.a.w. datang dan bertanya: Apakah akan kamu hadiahkan seorang gadis itu? Mereka menjawab: Betul! Rasulullah s.a.w. bertanya lagi. Apakah kamu kirim bersamanya orang yang akan menyanyi? Aisyah menjawab: Tidak! Kemudian Rasulllah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya orang-orang Ansar adalah suatu kaum yang merayu. Oleh karena itu alangkah baiknya kalau kamu kirim bersama dia itu seorang yang mengatakan: kami datang, kami datang, selamat datang kami, selamat datang kamul" (Riwayat Ibnu Majah)

"Dan dari Aisyah r.a. sesungguhnya Abubakar pernah masuk kepadanya, sedang di sampingnya ada dua gadis yang sedang menyanyi dan memukul gendang pada hari Mina (Idul Adha), sedang Nabi s.a.w. menutup wajahnya dengan pakaiannya, maka diusirlah dua gadis itu oleh Abu Bakar. Lantas Nabi membuka wajahnya dan berkata kepada Abubakar "Biarkanlah mereka itu hai Abubakar, sebab hari ini adalah hari raya (hari bersenang-senang)"." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Wallahu a'lam...