Saturday, May 16, 2009

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru...buat semua pendidik dalam semua peringkat & dalam semua keadaan. Melalui kehidupan sebagai seorang ayah kepada 2 orang anak & 3 orang anak sedara menyedarkan aku betapa tugas mendidik & mengasuh bukanlah tugas yang mudah. Berdepan dengan pelajar zaman 'moden' dari sudut positif mahupun yang negatif, pendidik perlu miliki jiwa yang luhur & sabar, di samping kreatif dalam memastikan sesi pengajaran & pembelajaran berjalan sebaik mungkin. Walaupun persediaan menghadapi realiti bilik darjah telahpun didedahkan di peringkat maktab & universiti, kepelbagaian latar belakang pelajar memerlukan seorang guru mencari jalan & kaedah secara lebih inovatif.

Pengalaman sebagai pelajar menyedarkan aku bahawa betapa kerapkali pelajar gagal untuk memahami isi hati & maksud tindakan seorang guru. Berurusan dengan pelajar2 yang masih dalam proses mematangkan diri, dipersalahkan & dibenci menjadi lumrah kehidupan seorang guru.
Apa pun cabaran yang sedang & bakal digalas oleh seorang guru, harapan aku semoga semua yang telah memilih bidang perguruan sebagai kerjaya sentiasa tabah & ceria dalam melaksanakan tugas yang mulia ni....Semoga Allah SWT membalas kesungguhan anda semua dengan sebaik2 ganjaran...Selamat Hari Guru...



Pernah langkah ku payah
Menuju ke destinasi
Kerana malam gelap
Dan bintang hilang kerdipnya
Menjadikan arah ku keliru
Ke timur atau ke barat

Bagai lilin membakar diri
Menerangi kegelapan hati
Kau curahkan bakti dan budi
Jasamu tiada berganti

Namun tanpa rasa payah
Dia memimpin tanganku
Melangkah satu persatu
Dan mencipta jejak impian
Menjadikan arahku jelas
Aku harus ke hadapan

Ohoo… aku kini rindu
Pada satu nama yang berjasa
Tuhan, beri kekuatan
Untuk mendidikku selamanya
Ku pohon restu kasih-Mu
Ampunkanlah guru-guruku

Semalam ku lihat dia
Di bibirnya ada kalimah
Yang bergetar saban waktu
Sambil tangan menggenggam lilin
Lilin yang tiada terpadam
Menerangi hidupku kini


Monday, May 11, 2009

Lagu Untuk Ibu















Lagu Untuk Ibu

Seorang Wanita
Bermahkota Ibu
Menggenggam Jari-Jari Kecil
Ikatan Ini Tidak Kan Terurai
Kerna Tautan Ini
Tautan Darah dan Akidah
Dan Rahmat Dari Allah

Kini Ibu
Peganglah Tanganku Ini
Biar Kubawa
Ibu Menjelajah
Hasil Titik Peluhmu
Biar Kubawa
Kealam Ku
Hasil Ukiranmu
Selama Ini

Dodoianmu Ibu
Membina Benteng Pemisah
Antara Yang Hak Dan Yang Batil
Membakar Semangat Perjuangan
Mengait Kasih Pada Junjungan Tercinta
Tersujud Lemah
Mengabdi Diri
Kepada Yang Esa

Jika Belum Pernah
Kau Dengar Ucapan Terima Kasihku
Ketahuilah Doaku Ini
Moga Tuhan Menyayangimu
Sepertimana Kau Mengasihiku
Dari Dulu Hingga Kini
Untuk Selama-Lamanya