Dah lama juga aku berangan-angan nak ke Singapura, bukan apa, saja nak tengok tempat orang...dengar-dengarnya Singapura antara bandar terbersih & paling sistematik di dunia, so nak la juga tengok sendiri... Tapi dah berapa kali plan, tak jadi...maklumlah, aku tak confident nak drive sendiri ke sana, so kena tunggu orang yang sudi nak bawak...
Nak dijadikan cerita, akhirnya kesampaian juga hajat aku...sekolah adik aku buat lawatan ke Singapura, kosnya cuma RM100 untuk dewasa & RM50 untuk kanak-kanak termasuk kos untuk group-passport...okay la tu. Lawatan dijadualkan pada 28 Mei (Wesakday) so tak payah la aku apply cuti.
Tiba hari perjalanan, kami diminta menunggu di Masjid Sultan Abu Bakar seawal 6 pagi coz bas akan bertolak jam 5 pagi dari Kluang, so Fiza bangun pukul 3 pagi siapkan sarapan & bekalan. Sebakul juga bekal yang dia siapkan...nasi goreng, ayam goreng, telur masak kicap, nugget & sosej. Pukul 6 pagi adik aku call beritahu bas baru je bertolak dari Kluang, 1 jam delay. Tunggu punya tunggu, akhirnya bas sampai di Masjid Sultan Abu Bakar pukul 8 pagi setelah beberapa kali berhenti... Sebelum bertolak, urusetia maklumkan sebarang bekalan makanan adalah dilarang dibawa masuk ke Singapura, so sebakul bekalan yang Fiza dah siapkan terpaksalah ditinggalkan dalam kereta.... Kami bergerak ke kompleks CIQ lebih kurang jam 8.30 pagi. Agak lama juga proses immigration di CIQ & Woodlands, hampir 2 jam, maklumlah kebanyakan dari kami guna group-passport...Muaz & Anas pun dah mula keletihan sampai terkeluar ayat dari mulut Muaz, "macam ni je ke kita pegi Singapura??". Jam 10.30 proses immigration selesai....
Jam 11 pagi, tiba di destinasi pertama, Singapore Science Center. Kami dibekalkan dengan map & tiket, bergerak secara sendiri & mesti balik ke bas pada jam 12.30 tengahari. Merayau-rayau la aku sekeluarga dalam Science Center tu, tak pasti area mana yang lebih utama untuk dilawati. Dalam kekonfiusan tu, kami cuma sempat pergi ke seksyen Discovery Zone, Sound Exhibition, The Mind's Eye & Marine Alcove, lebih kurang 30% dari pameran yang ada...rugi...rugi...
Next kami berhenti kat area Masjid Sultan di North Bridge Road untuk lunch & solat. Sekali lagi, kami dibiarkan untuk mencari tempat makan sendiri. Mujurlah dengan bantuan orang tempatan, kami jumpa tempat makan yang sesuai di Raffles Hospital. Harga makanan, memang berpatutan kalau nilai tukaran SD ke RM tak diambilkira...nasi ayam baru SD3.50...
Lepas makan mata pun dah layu...maklumlah masing-masing bangun awal...masuk je bas terus "pengsan", sedar-sedar dah sampai kat Anderson Bridge (Fullerton Road). Jam dah pukul 4.30 petang, 2 jam lari dari waktu program yang dirancang. Sempat jugalah snap beberapa keping gambar walaupun Muaz & Anas dah agak keletihan & hilang mood nak berjalan...
Seterusnya kami bergerak ke Sentosa Island. Jalan agar sesak & kami sampai lebih kurang jam 6 petang. Aktiviti yang dirancang di Pulau Sentosa; melihat pemandangan dari Lion Sky-Tower. Oleh sebab budak-budak pun dah penat, aku & Fiza decide untuk skip aktiviti ni. Kami tengok view dari bawah menara je...Pukul 7.00 kami bertolak semula ke Woodlands. Singgah kat deretan gerai di Woodlands Center Road. Sempat juga aku shopping sikit & solat Maghrib di masjid An-Nur. Lepas tu, terus ke immigration complex untuk check-out.
Lebih kurang jam 9.30 malam baru kami sampai semula ke Masjid Abu Bakar...lega rasanya selesai menempuh perjalanan yang kurang terancang. Takpe la, sekurang-kurangnya aku dah dapat jejak kaki kat Singapura, dah tau serba sikit selok belok jalan kat sana, insya-Allah next time kami boleh pergi dengan kereta sendiri...
Lebih kurang jam 9.30 malam baru kami sampai semula ke Masjid Abu Bakar...lega rasanya selesai menempuh perjalanan yang kurang terancang. Takpe la, sekurang-kurangnya aku dah dapat jejak kaki kat Singapura, dah tau serba sikit selok belok jalan kat sana, insya-Allah next time kami boleh pergi dengan kereta sendiri...