Saya terima emel dari seorang sahabat, memberi sedikit informasi berhubung H1N1. Bagi saya, ia merupakan maklumat yang sangat baik dan praktikal. Disini saya kongsikan bersama pengunjung blog:
Apa itu H1N1?
Viral novel influenza type A H1N1. ianya berasal dari virus avian flu (selsema burung H5N1) yang telah menjangkiti babi @ khinzir dan telah bergabung dengan swine flu (yang sepatutnya hanya menjangkit babi sahaja) dan telah berevoluasi (mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam 'host' yang lebih tinggi di dlm rantaian makanan iaitu manusia, dan semasa di dlm badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi 'air-born' dan menjangkit dari manusia kepada manusia.
Jangka hayat virus
Oleh kerana ia adalah virus air-born, ia hanya boleh bertahan di udara selama 2 hingga 8 jam sahaja . Jika selepas tempoh tersebut ia tidak mendapat perumah @ host (badan manusia) ia akan mati. maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan air-ventilation yang baik akan 'bersih' dari virus tersebut. Sebenarnya outbreak virus ini telah berlaku lebih awal di Amerika Syarikat namun ia tidak dilaporkan kepada WHO. Umum hanya mengetahu Mexico adalah sumber pertama kes H1N1.
Virologi virus H1N1
Incubation period yang singkat pada purata 2 hari dengan julat 1 - 4 hari menunjukkan virus ini cepat menyerang badan manusia setelah ia menjangkit pesakit. Pesakit akan menunjukkan simptom selepas 1 hingga 4 hari dijangkiti. H1N1 sebenarnya adalah selsema biasa namun kepada pesakit yang berisiko, ia dapat membunuh. jika pesakit adalah seorang yang normal, ia hanya akan memberi kesan seperti demam selsema biasa dan batuk.
Cara jangkitan
Virus ini boleh disebarkan melalui batuk, bersin dan percakapan. Virus ini akan menyerang sistem pernafasan (seperti selsema burung dan SARS) Pada peringkat awal, ia kesannya hanya pada 'trakea', jika tidak mendapat rawatan awal, ia akan menyerang paru-paru dan boleh menyebabkan kematian akibat 'lung collapse'. Ia amat berbahaya kepada golongan yang berisiko tinggi.
Siapa yang berisiko tinggi
1. orang yang ada masalah 'obesiti' @ gemuk
2. perempuan yang mengandung
3. orang yang ada asthmatic
4. orang yang lemah sistem imunisasi (baru menjalani pembedahan besar, kanak-kanak yang belum cukup suntikan imunisasi, golongan yang rendah tahap imuniti).
Simptom-simptom
Hari pertama : Rasa kurang sihat, tak bermaya.
Hari kedua : Selsema, batuk dan demam yang kekal (tidak kebah walaupun selepas ambil ubat)
Hari ketiga : Rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafas
Hari keempat : Sakit dada yang teruk
Hari kelima : Lung collapse @ koma.
Langkah Kawalan
- Jauhi menghadiri kawasan tumpuan ramai (terutama golongan yang berisiko tinggi).
- Menjaga kebersihan diri, basuh tangan selalu dan dengan betul, jaga kebersihan rumah dan persekitaran.
- Elakkan diri jika berhadapan dengan orang yang batuk, bersin dan kurang sihat.
- Jika kurang sihat, elakan diri dari bersosial dan berkumpul.
- Jika kurang sihat dan ada ILI ( influenza light illness @ selsema biasa) jangan hadirkan diri di kawasan orang ramai. Jika terpaksa, pakai 'mask' (sekurang-kurangnya 3 ply mask)
- Jika ada tanda-tanda simptom diatas, segera ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan.
- Jika sihat, jangan ke hospital atau klinik kerana di kawasan tersebut mengandungi banyak virus. Jika tidak sakit, jangan ambil anti-viral kerana jika ia boleh mengakibatkan resistan kepada vaksin @ ubat untuk merawat jika terkena jangkitan.
Vaksin untuk ‘frontliner’ hanya akan 'wujud' seawal-awalnya pada Oktober 2009. Untuk orang awam selewat-lewatnya pada 2010. Oleh itu, tahap kesedaran dan pengetahuan yang tinggi amat perlu untuk kita sama-sama menghadapi outbrake ini. Sama-samalah berdoa berdoa kepada Allah S.W.T. agar bala ini cepat berlalu.