Setelah 3 tahun 7 bulan berkhidmat di JB, akhirnya aku dan Fiza ditukarkan semula ke Putrajaya. Walaupun kami dah buat keputusan untuk tidak memperbaharui permohonan, tapi nama kami tersenarai juga...
Alhamdulillah, hasrat untuk masuk rumah sendiri di Nilai termakbul. Kelam kabut juga uruskan hal pindah rumah dan sekolah anak-anak, apatah lagi dalam keadaan Fiza yang tengah 'sarat'. Kami cuma ada seminggu untuk kemas barang-barang, mujurlah dapat bantuan family & kawan-kawan ofis. Baru la aku sedar banyak juga sampah yang aku simpan kat dalam rumah...stereng kereta lama, mainan rosak, barang-barang komputer yang dah rosak/outdated, majalah lama...dalam 6 plastik besar juga la... Muaz dan Anas pun sama tolong 'mengemas', orang masukkan dalam kotak, diorang tolong keluarkan balik.....
Oleh sebab kami memang tak terfikir untuk ke Putrajaya dalam tempoh terdekat, rumah pun belum betul-betul sempurna. Dengan lalang tumbuh depan rumah dan tile berhabuk, terpaksa la berkampung kat rumah tu 3 hari untuk basuh dan bersihkan.
5.3.2011, kami serah kunci rumah sewa di JB dan berangkat ke Nilai. Sampai-sampai je terus bekerja keras untuk susun barang-barang yang penting...mujur dapat bantuan kawan-kawan dari ofis lama, kalau nak harap aku sorang angkat almari ke tingkat atas, alamat tak bergerak la almari tu....
Semalam, seharian kami habiskan untuk register Muaz dan Anas masuk tadika baru. Kebanyakan tadika dalam senarai kami penuh dan ada juga yang kami rasakan tak sesuai atas sebab-sebab tertentu...akhirnya pukul 4 lebih baru kami berjaya dapatkan yang sesuai....alhamdulillah...
Hari ni dah hampir seminggu aku kat sini, alhamdulillah...keadaan rumah dah semakin teratur, memang saje kami kemas cepat-cepat sebab mata tak tahan tengok kotak-kotak tu berlonggok...kalau ikut rasa badan memang macam nak demam...takpe la...untuk keselesaan diri sendiri jugak...
Mudah-mudahan aku dapat jadi seseorang yang mampu berbakti dalam komuniti aku yang baru ni...