Genap sebulan blog ni aku tinggalkan tanpa entry baru...jadual harian sarat & padat dengan urusan kerja & keluarga...Budak berdua tu pun agak demanding akhir-akhir ni, perlukan lebih perhatian dan kasih sayang...
Anyway, dah lama juga aku nak cerita pasal perkahwinan sekufu ni, sebab sekarang ni aku tengok perkahwinan ni dah jadi macam 'menyewa rumah', perceraian berlaku setiap hari sampai pejabat sulh dan Mahkamah Syariah penuh dengan kes-kes backlog. Dari pemerhatian aku, kebanyakan keruntuhan institusi keluarga sekarang nie berpunca dari masalah tak sekufu. Perkahwinan sekufu boleh diertikan sebagai satu keadaan di mana sepasang suami isteri yang berada pada kedudukan yang melengkapi atau sesuai dalam beberapa aspek yang tertentu contohnya aspek pendapatan, pengetahuan, latar belakang, dan yang paling penting, agama.
Secara dasarnya, seorang suami diwajarkan untuk mempunyai kestabilan dalam aspek pendapatan, pengetahuan, kematangan dan agama. Tak dinafikan terdapat banyak kes di mana perkahwinan yang melibatkan suami 'kurang' berbanding isteri dalam aspek tertentu berada dalam keadaan yang baik dan harmoni. Namun tak kurang juga yang bermasalah lantaran suami hilang upaya dan suara dalam menentukan halatuju bahtera rumahtangga.
Lelaki Perlu Lebih Matang
Kalau kita amati trend orang dulu-dulu, perempuan biasanya berkahwin pada usia muda, selewat-lewatnya 20 tahun...dan bersuamikan seorang lelaki yang berusia sekurang-kurangnya 5 tahun lebih tua. Perkahwinan mereka itu kukuh dan stabil, hanya sekali sekala 'tergigit lidah' yang memang lumrah hidup berumahtangga. Pandangan aku, kebolehan suami dalam mencorak dan membuat keputusan yang matang dengan pengetahuan dan pengalaman merupakan faktor terbesar dalam mengekalkan keharmonian keluarga. Dalam Islam pun, lelaki diangkat dengan kelebihan dalam membuat keputusan, penghakiman dan penyaksian. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui perihal hambaNya. Wanita dikurniakan Allah SWT dengan sifat emosional sebagai isteri dan ibu, menyerlahkan kelembutan dan sifat menyayangi. Justeru, keputusan yang dibuat kaum hawa punya kecenderungan untuk dipengaruhi emosi dan perasaan yang perlu diimbangi kematangan seorang lelaki. Seorang isteri yang sentiasa ingin berada pada kedudukan sebagai 'primary decision-maker' dalam sesebuah institusi keluarga berkemungkinan meletakkan kestabilan keluarga dalam suasana 'kurang sihat' oleh kerana si suami akan sentiasa pula merasakan dirinya diperlecehkan.
Tanggungjawab Suami Terhadap Ekonomi Keluarga
Akhir-akhir ni, terlalu kerap kita mendengar rumahtangga yang dibiayai oleh isteri. Dari tempat tinggal, kenderaan hinggalah ke perbelanjaan dapur, semuanya keluar dari 'handbag' isteri. Kegagalan suami dalam menjalankan tanggungjawab ekonomi berkait rapat dengan kredibilitinya sebagai ketua keluarga dan pembuat keputusan. Suami tidak semestinya berpendapatan lebih tinggi berbanding isteri untuk melaksanakan tanggungjawab ekonomi, apa yang lebih penting ialah suami telah menggerakkan segala upayanya untuk membiayai urusan keluarga. Dalam keadaan kebanyakan wanita bekerja, para isteri rata-ratanya tak keberatan untuk sama membantu menyara keluarga, setidak-tidaknya dapat juga membeli rumah, kenderaan dan perabot yang lebih baik berbanding jika suami berkerja seorang. Tapi itu tak bermakna suami boleh ambil sikap lepas tangan dengan melebihkan peruntukan ke arah perbelanjaan yang tak bermanfaat untuk keluarga. Tidak dinafikan terdapat isteri yang mampu meletakkan suami ditempat yang sewajarnya walaupun suami gagal dalam tanggungjawab, namun selama mana hati mampu bertahan jika suami terus menerus tidak mempamerkan ciri yang meyakinkan.
Materialistik atau Realistik
Majoriti ibubapa mahukan kebahagiaan untuk anaknya, justeru kestabilan ekonomi dan kematangan seorang lelaki menjadi antara faktor yang dinilai memilih jodoh untuk anak gadis. Bukanlah untuk bermegah bermenantukan orang berwang, cuma tak mahu anak bersuamikan 'beruang', hidup goyang kaki dengan titik peluh isteri. Bagi yang belum berkahwin, bukalah mata dan mata hati seluas-luasnya sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan. Cirinya ada dan boleh diduga, terpulang pada diri untuk terima.
chedin,
ReplyDeleteselamat menulis semula..x perasan pong ada entry baru..lambat sket nak komen ni hik3..
uish kalo la semua suami membaca tulisan chedin, kan ke baguih..apa kata tulis bab isteri x dengo kata lak..baru terkena btg idung kui3..
keep on writing!
thanks Qim for the support...saje kongsi fikrah 20 sen aku... bab isteri degil tu baik le perempuan yg tulis...korang lebih faham hati & naluri wanita....heheheheh...
ReplyDelete