Tuesday, March 24, 2009

Perjuangan Bangsa vs Perjuangan Agama...

Puas aku memikirkan nak post sesuatu yang santai, lite & easy, tapi yang ada kat benak aku nie cuma isu-isu berat yang semakin lama semakin kritikal. Ye lah, bila manusia dah terdesak, macam-macam sanggup dilakukan, Iman lah yang mengimbangkan sejauh mana kita sanggup pergi... Mungkin post kali nie ada kaitan dgn post sebelum nie, cuma aku try fokus lebih sikit terhadap ketaksuban kita pada bangsa kita...upssss...jangan marah dulu, sudi lah baca keseluruhan apa yg nk aku bincangkan...Mungkin ada yang berpendapat apa yang aku bincangkan nie isu lama, tapi saje aku nak share sesuatu dari perspektif aku sebagai permerhati politik kelas bawahan.

Dari pemerhatian aku, perjuangan politik Melayu kat Malaysia ni boleh dibahagikan kepada 3 iaitu:


  1. Golongan yang pada asalnya memperjuangkan survival bangsa tapi tersesat dek kerana mengutamakan kepentingan peribadi berbanding matlamat organisasi;

  2. Golongan memperjuangkan keadilan dalam konteks Malaysia tanpa mengabaikan hak istimewa orang Melayu; dan

  3. Golongan yang menjadikan Islam sebagai dasar perjuangan tanpa berbataskan elemen kebangsaan.


Pada aku, golongan yang ketiga lah yang patut diberikan dokongan sebab itulah tugas hakiki kita sebagai umat yang mewarisi tugas para nabi. Mungkin ada yang kurang bersetuju Islam diperjuangkan melalui jalan politik, tapi kalau kita sorot semula perjuangan para nabi terdahulu, pasti kita punya jawapan kenapa kuasa politik tu penting. Sekadar memberi beberapa contoh, pertentangan tentera Thalut dan Jalut pada zaman Nabi Daud a.s., pertembungan Nabi Musa & Firaun & Perjanjian Aqabah 2 antara Rasulullah SAW dengan Muslimin Madinah menunjukkan mengapa Islam perlu menguasai kepimpinan. Selain itu, kaedah penyebaran Islam pada zaman Khulafa'ur Rasyideen, zaman Bani Uthmaniyyah dan Bani Abbasiyyah juga antara contoh bagaimana kuasa politik membantu dalam mendaulatkan Islam. Semasa Islam di bawa ke Tanah Melayu pun, penyebarannya bermula dari istana yang merupakan pemegang kuasa politik ketika itu. So, harapnya aku dah boleh buktikan kenapa politik tu penting.

Di bumi Malaysia perjuangan politik Islam nie wujud sekitar tahun 1951 dengan matlamat untuk menjadikan Tanah Melayu (Malaysia) sebagai sebuah negara Islam. Kebangkitan ini dicetuskan para ulama' yang mendapat pendidikan di universiti-universiti di Timur Tengah. Ulama'-ulama' ini yang pada mulanya menyertai perjuangan yang bersifat kebangsaan beralih kepada sebuah organisasi yang lebih memberi fokus terhadap kedudukan Islam setelah merasakan terdapat kekurangan dari aspek matlamat perjuangan mereka. Bagi mereka, Islam seharusnya bukan sekadar agama rasmi negara tapi perlu dinobatkan sebagai satu dustur yang paling agung mengatasi perlembagaan ciptaan manusia.

Tak dinafikan perjuangan bangsa Melayu merupakan perjuangan yang murni untuk memastikan survival kita di tanah air kita sendiri, namun janganlah sehingga ketaksuban kita terhadap perjuangan tersebut membuatkan kita lupa pada tanggungjawab kita terhadap agama.

Cita-citaku Islam gemilang...
Cita-citaku Daulahnya berulang...
Cita-citaku Islam cemerlang...
Cita-citaku Islam tinggi menjulang...

7 comments:

  1. dustur tu ape chedin?

    aku xminat politik. lgpun utk kerukunan rumahtangga aku baik aku ambil jalan tengah iaitu berdiam...

    ReplyDelete
  2. akupun dulu xminat sgt politik.. tp skrg semakin dewasa aku rasa kita perlu ambik tau sbb ia melibatkan masa depan kita.. tp aku rasa bangsa kita ni sgt taksub utk berpolitik sehingga mengabaikan elemen lain spt ekonomi,sosial. etc sedangkan masyarakat lain telah memperkasakannya..
    Adakah kata2 aku ini seolah2 mencerminkan yg aku xsuka pada senario politik sekarang? ehmm.. ntahlah..

    ReplyDelete
  3. chedin, pasni ko leh fill up post wakil daerah. cuba la..;) politik skrg ni kurang pemimpin yg cemerlang..tu yg dorang ragu3..so apalagi? :p

    ReplyDelete
  4. Aku? x mungkin...kuasa politik nie bukan kelebihan tp tanggungjawab... so aku x berani nk galas... byk pulak aku nk menjawab kt mahsyar nnti...
    Sekadar menjalankan tanggungjawab "berpesan2 kpd kebenaran dan kesabaran"....

    ReplyDelete
  5. aku stuju dgn han :)

    mcm aku selalu ckp, berpolitik dan pritahatin pada situasi politik adalah 2 perkara berbeza.

    politik pon mcm issue2 semasa lain dlm negara ni.

    ReplyDelete
  6. Yg buat aku lebih concern pd politik ialah nasib agama kita & akhlak masyarakat kita. Pada aku dasar pentadbiran kerajaan skrg nie yg sgt longgar pd isu murtad, arak, judi & zina sgt membimbangkan...

    ReplyDelete