Alhamdulillah, aku baru khatam buku pemberian isteri tercinta, Benarkah Iskandar Bukan Zulqarnain oleh Afareez Abd Razak Al-Hafiz ni, setinggi-tinggi tahniah diucapkan buat beliau atas usaha dan komitmen yang tinggi untuk mengupas sejarah demi membahaskan kekeliruan tentang siapa sebenarnya Zulqarnain, pahlawan yang dimuliakan Allah SWT dalam Surah Al-Kahfi.
Dalam Surah Al-Kahfi ayat 83 hingga 99 Allah SWT berfirman;
"Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai Zulkarnain. Katakanlah: Aku akan bacakan kepada kamu (wahyu dari Allah yang menerangkan) sedikit tentang perihalnya. (83) Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya kekuasaan memerintah di bumi dan Kami beri kepadanya jalan bagi menjayakan tiap-tiap sesuatu yang diperlukannya. (84) Lalu dia menurut jalan (yang menyampaikan maksudnya). (85) Sehingga apabila dia sampai ke daerah matahari terbenam, dia mendapatinya terbenam di sebuah mata air yang hitam berlumpur dan dia dapati di sisinya satu kaum (yang kufur ingkar). Kami berfirman (dengan mengilhamkan kepadanya): Wahai Zulkarnain! Pilihlah samada engkau hendak menyeksa mereka atau engkau bertindak secara baik terhadap mereka. (86) Dia berkata: Adapun orang yang melakukan kezaliman (kufur derhaka), maka kami akan menyeksanya; kemudian dia akan dikembalikan kepada Tuhannya, lalu diazabkannya dengan azab seksa yang seburuk-buruknya. (87) Adapun orang yang beriman serta beramal soleh, maka baginya balasan yang sebaik-baiknya; dan kami akan perintahkan kepadanya perintah-perintah kami yang tidak memberati. (88) Kemudian dia berpatah balik menurut jalan yang lain. (89) Sehingga apabila dia sampai di daerah matahari terbit, dia mendapatinya terbit kepada suatu kaum yang kami tidak menjadikan bagi mereka sebarang perlindungan daripadanya. (90) Demikianlah halnya dan sesungguhnya Kami mengetahui secara meliputi akan segala yang ada padanya. (91) kemudian dia berpatah balik menurut jalan yang lain. (92) Sehingga apabila dia sampai di antara dua gunung, dia dapati di sisinya satu kaum yang hampir-hampir mereka tidak dapat memahami perkataan. (93) Mereka berkata: Wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka? (94) Dia menjawab: (Kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku dengan tenaga (kamu beramai-ramai) aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh. (95) Bawalah kepadaku ketul-ketul besi; sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu, dia pun perintahkan mereka membakarnya dengan berkata: Tiuplah dengan alat-alat kamu sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah dia: Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya. (96) Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu dan mereka juga tidak dapat menebuknya. (97) (Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur dan adalah janji Tuhanku itu benar. (98) Dan Kami biarkan mereka pada hari itu (keluar beramai-ramai) bercampur-baur antara satu dengan yang lain dan (kemudiannya) akan ditiup sangkakala, lalu Kami himpunkan makhluk-makhluk seluruhnya di Padang Mahsyar. (99)" Maha Benarlah Kata-Kata Allah Yang Maha Besar.
Perbahasan utama buku ini adalah berkisar pada menafikan sandaran Zulqarnain diberikan kepada Alexander The Great, putera kepada Raja Macedonia, Philip II. Dalam masa yang sama juga, berdasarkan fakta daripada tokoh-tokoh sejarah serta kajian terhadap pelbagai buku-buku termasuk rujukan lain-lain agama samawi, penulis cuba mengenengahkan putera Raja Parsi bernama Raja Kurush (Cyrus The Great) sebagai individu yang lebih layak dan logik untuk dikaitkan dengan Zulqarnain. Dokumentari berkenaan kajian yang telah dijalankan juga pernah disiarkan di Astro Oasis.
Apa menarik ialah kaedah penceritaan dan perbahasan yang dimulakan dengan pengenalan terhadap penyebaran bangsa-bangsa tertua dalam sejarah manusia yang melibatkan rantaian dan hubungan antara Nabi-Nabi dari zaman Nabi Adam a.s. hinggalah kepada zaman Nabi Uzair a.s. yang hidup dalam era pemerintahan Raja Kurush. Digambarkan sebagai seorang raja yang disayangi dan berakhlak mulia walaupun terhadap musuh, Raja Kurush yang hidup antara 576 hingga 530 sebelum masihi adalah berbeza dengan watak penakluk yang rakus Alexander The Great. Raja Kurush juga dikatakan menganut agama samawi tua iaitu agama Zarathustra yang diambil sempena nama Nabi Zarathustra. Penulis juga secara teliti berhujah tentang 4 ciri-ciri Zulqarnain yang disebut dalam Al-Quran iaitu perjalanannya ke arah barat, menerima wahyu dari Allah SWT, perjalanan ke arah timur dan membina tembok menghalang Yakjuj dan Makjuj.
Merujuk kaum Scythian di Selatan Rusia sebagai bangsa Yakjuj dan Makjuj dan orang Georgia dan Armenia sebagai golongan yang meminta pertolongan, penulis juga berhujah tentang kedudukan sebenar tembok pemisah yang dibina Zulqarnain yang dikatakan terletak di Banjaran Kaukasus, ditengah-tengah daratan antara Laut Hitam dan Laut Kaspia.
Mengetahui sesuatu yang baru adalah menarik. Menginsafi sesuatu kesilapan adalah rahmat. Berdasarkan fakta dan hujah yang dikemukakan, penulis mempunyai asas yang kuat untuk mempercayai dan mempertahankan kenyataannya. Sememangnya penulisan sejarah tidak akan terhenti kerana bukti dan penemuan baru bakal merungkai peristiwa sebenar.
wah menarik3!! ko pi russia ada nampak idak tembok yg disebut?
ReplyDeletemmg menarik Qim...buku yg penuh dgn kajian yg mendalam...
ReplyDeletedulu aku pegi Rusia cuma kt area Moscow & St. Petersburgh je...kawasan yg dikatakan tu kt sempadan Rusia dgn Georgia...jauh tu...
russia kalo kecik xpe la kan..xpe3, next trip leh pi tgk tmpt besejarah ni! bawak aku skali kui3..
ReplyDeletehmmm...ko klu nk gi anytime je...aku nie kena prepare beberapa tahun awal baru boleh...kena ambik langkah penjimatan...
ReplyDeleteentah mcm mana boleh terminat sejarah pulak skrg, masa sekolah dulu cukup anti subjek nie...