Alhamdulillah....genap 6 tahun usia perkahwinan aku & Fiza, 6 tahun yang penuh dengan pahit manis kehidupan berumah tangga, 6 tahun yang terisi dengan pelbagai usaha untuk mengenal hati budi masing-masing, 6 tahun yang sarat dengan mengambil tahu kegemaran dan kepantangan masing-masing. Pendek kata, 6 tahun usia perkahwinan ini amat bernilai dalam membina rasa cinta dan kasih sayang antara kami.
Tempoh perkenalan kami sebelum berkahwin boleh dikatakan agak singkat sekitar satu setengah tahun. Walaupun pada awal tempoh perkenalan banyak diisi dengan perbezaan dan ketakserasian...tapi entahlah...tak pernah terfikir langsung untuk clash...alhamdulillah...mujur kami mampu bertahan...
Melalui 6 tahun perkahwinan ini mengajar aku erti tanggungjawab sebenar seorang lelaki, sebagai ayah & suami. Mendidik diri untuk mendidik, memimpin diri untuk memimpin, mengajar diri untuk mengajar. Alhamdulillah...Fiza hadir sebagai isteri yang bukan sahaja melengkapi malah memperbaiki kekurangan diri. Dari hari ke hari, kasih dan cinta terus dikurnia Ilahi, atas keikhlasan dan pengorbanan seorang isteri, melayan kerenah suami yang tak berapa mithali...
Buat isteri tersayang, Abang sekeluarga sangat menghargai kehadiran Fiza. Semoga kasih sayang kita terus abadi. Keredhaan Abang sentiasa mengiringi Fiza sebagai isteri dan penyeri... Terima kasih Sayang... Selamat Ulang Tahun Perkahwinan kita yang ke-6.
p/s: Hadiah anniversary tahun nie memang best...lepas nie busy la nak habiskan membaca... hmmm...nak baca yang mana satu dulu???