Thursday, January 28, 2010
Buat YB Zul dan YB Khalid...
Wednesday, January 6, 2010
Mereka Terus Ketawa........
Monday, October 26, 2009
Bajet 2010 - Penjimatan; Siapa dan Berapa?
Bajet 2010 telahpun selesai dibentangkan, seperti biasa, perbahasan Parlimen tidak akan ada apa-apa kesan ke atas bajet tersebut & ia boleh dianggap 'jadi'. Kebanyakan kakitangan awam yang mengharapkan bonus sekurang-kurangnya sebulan gaji, pasrah menerima RM500 sebagai saguhati dari YAB PM. Aku sejak dari awal memang tak mengharapkan apa-apa berbentuk bonus kerana mengenangkan kedudukan kewangan kerajaan yang tidak mengizinkan. RM500, penurunan kadar cukai kepada 26% & kenaikan pelepasan diri kepada RM9,000.00 dah cukup melegakan. Apa yang lebih menjadi perhatian adalah kaedah pelaksanaan dasar fiskal secara keseluruhan; siapakah dikalangan anggota masyarakat yang lebih beroleh manfaat daripada bajet tersebut. Jika strategi yang digariskan ditepati, 40% golongan pertengahan dan 40% golongan berpendapatan rendah seharusnya bakal merasa lega.Wednesday, September 9, 2009
Perangkap Propaganda Yahudi & Kristian
Saturday, June 13, 2009
Ali bin Abi Talib : Mutiara Ilmu Islam
Alhamdulillah...aku baru je habiskan baca buku ni, Ali bin Abi Talib: Mutiara Ilmu Islam oleh Abdul Latip Talib. Pada awalnya aku jangkakan akan membaca cerita-cerita yang aku dah biasa dengar & tahu tentang riwayat hidup Saiyidina Ali, tapi ternyata telahan aku meleset. Apa yang aku temui adalah kupasan hidup seorang sahabat nabi yang mampu membawa aku berfikir & menghayati betapa jauhnya nilai kehidupan seorang Islam dulu dengan apa yang kita lalui sekarang. Dan aku juga melihat betapa sejarah telah membuktikan bahawa keghairahan berpolitik mampu merobek nilai-nilai akhlak, perpaduan, persahabatan & persaudaraan. Banyak yang baru bagi aku, banyak iktibar, teladan mahupun sempadan yang boleh diambil untuk menjalani kehidupan sebagai seorang individu Muslim dan sebagai seorang umat kerdil akhir zaman...Tuesday, April 21, 2009
ISA; Keselamatan atau Kezaliman?
Minggu lepas dalam ASTRO Awani, aku ikuti diskusi tentang ISA. Diskusi tu attended by both sides BN & pembangkang, so faham-fahamlah, huru-hara jadinya sampai moderator tak sempat nak mencelah...susah juga kalau dah tua-tua pun tak tau nak bergilir untuk bercakap... Tapi dalam huru-hara tu, dapat jugak aku spot apa isi perdebatan diorang tu. Rasa pelik pulak tengok wakil BN beriya-iya benar mempertahankan ISA, tak sedar ke dia sedang mempertahankan kezaliman? Tak sedar ke berapa ramai isteri & anak-anak tahanan ISA yang merana akibat suami/ayah ditahan tanpa bicara? Sanggup ke dia nak jawab jawapan yang sama di akhirat nanti kenapa dia pertahankan kezaliman?- Bila memerlukan penahanan seseorang secara urgent;
- Bila tiada undang-undang khusus untuk mendakwa;
- Bila kebebasan seseorang memberi risiko kepada negara.
Pada aku, alasan-alasan nie semua lemah, tak mencerminkan satu keperluan yang betul-betul mendesak. Undang-undang sedia ada telahpun memboleh seseorang individu direman segera bagi memboleh siasatan dibuat. Jadi tak perlulah seseorang tu ditahan tanpa bicara kerana ia jelas satu kezaliman. Secara jelasnya bagi setiap kesalahan yang dilakukan sewajarnya ada undang-undang yang menyatakan kesalahan yang dilakukan, jika tidak, ia merupakan satu kelemahan sistem perundangan.

ISA memperuntukan; Section 73(1) Internal Security Act 1960: "Any police officer may without warrant arrest and detain pending enquiries any person in respect of whom he has reason to believe that there are grounds which would justify his detention under section 8; and that he has acted or is about to act or is likely to act in any manner prejudicial to the security of Malaysia or any part thereof or to maintenance of essential services therein or to the economic life thereof."
Sect 8. Power to order detention or restriction of persons. "(i) If the Minister is satisfied that the detention of any person is necessary with a view to preventing him from acting in any manner prejudicial to the security of Malaysia or any part thereof or to the maintenance of essential services therein or the economic life thereof, he may make an order (hereinafter referred to as a detention order) directing that that person be detained for any period not exceeding two years."
Pemberian kuasa mutlak kepada seseorang menteri untuk membuat justifikasi sama ada seseorang memberi risiko kepada negara adalah amat tidak wajar. Ia tak ubah seperti menggunapakai semula undang-undang kuno.
Islam sendiri telah menggariskan hak-hak orang yang dituduh untuk diberitahu kesalahannya, dibicarakan, dibenarkan membela diri dan dihukum dengan adil jika bersalah. Allah SWT yang hakikatnya berhak menghukum makhluk tanpa bicara pun bicarakan kita semua di mahsyar nanti, so siapa lah menteri nak menghukum orang tanpa bicara...
Firman Allah Taala dalam surah Hud ayat 113; "Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api Neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan."
Tuesday, March 24, 2009
Perjuangan Bangsa vs Perjuangan Agama...
- Golongan yang pada asalnya memperjuangkan survival bangsa tapi tersesat dek kerana mengutamakan kepentingan peribadi berbanding matlamat organisasi;
- Golongan memperjuangkan keadilan dalam konteks Malaysia tanpa mengabaikan hak istimewa orang Melayu; dan
- Golongan yang menjadikan Islam sebagai dasar perjuangan tanpa berbataskan elemen kebangsaan.


Pada aku, golongan yang ketiga lah yang patut diberikan dokongan sebab itulah tugas hakiki kita sebagai umat yang mewarisi tugas para nabi. Mungkin ada yang kurang bersetuju Islam diperjuangkan melalui jalan politik, tapi kalau kita sorot semula perjuangan para nabi terdahulu, pasti kita punya jawapan kenapa kuasa politik tu penting. Sekadar memberi beberapa contoh, pertentangan tentera Thalut dan Jalut pada zaman Nabi Daud a.s., pertembungan Nabi Musa & Firaun & Perjanjian Aqabah 2 antara Rasulullah SAW dengan Muslimin Madinah menunjukkan mengapa Islam perlu menguasai kepimpinan. Selain itu, kaedah penyebaran Islam pada zaman Khulafa'ur Rasyideen, zaman Bani Uthmaniyyah dan Bani Abbasiyyah juga antara contoh bagaimana kuasa politik membantu dalam mendaulatkan Islam. Semasa Islam di bawa ke Tanah Melayu pun, penyebarannya bermula dari istana yang merupakan pemegang kuasa politik ketika itu. So, harapnya aku dah boleh buktikan kenapa politik tu penting.
Di bumi Malaysia perjuangan politik Islam nie wujud sekitar tahun 1951 dengan matlamat untuk menjadikan Tanah Melayu (Malaysia) sebagai sebuah negara Islam. Kebangkitan ini dicetuskan para ulama' yang mendapat pendidikan di universiti-universiti di Timur Tengah. Ulama'-ulama' ini yang pada mulanya menyertai perjuangan yang bersifat kebangsaan beralih kepada sebuah organisasi yang lebih memberi fokus terhadap kedudukan Islam setelah merasakan terdapat kekurangan dari aspek matlamat perjuangan mereka. Bagi mereka, Islam seharusnya bukan sekadar agama rasmi negara tapi perlu dinobatkan sebagai satu dustur yang paling agung mengatasi perlembagaan ciptaan manusia.
Tak dinafikan perjuangan bangsa Melayu merupakan perjuangan yang murni untuk memastikan survival kita di tanah air kita sendiri, namun janganlah sehingga ketaksuban kita terhadap perjuangan tersebut membuatkan kita lupa pada tanggungjawab kita terhadap agama.
Cita-citaku Islam gemilang...
Cita-citaku Daulahnya berulang...
Cita-citaku Islam cemerlang...
Cita-citaku Islam tinggi menjulang...
Wednesday, March 18, 2009
Apa Ertinya Saya Menganut Islam?

Secara ringkasnye...buku ni berikan point yang ringkas tapi tuntas...sebagai seorang Muslim, kita wajib mempunyai Aqidah seorang Muslim, Ibadah seorang Muslim dan Akhlak seorang Muslim. Berbekalkan tiga kunci itulah baru terzahir imej Islam pada diri kita. Sebaliknya, kalau kita cuma fokus pada imej, nak dilihat sebagai seorang Muslim, tanpa mendokong ketiga-tiga kunci tu, kita mungkin mempunyai split-personality, zahirnya Islam...hakikatnya...Wallahu a'lam...
Fikir.....
Renungi diri ini dalam cermin tafakur...bukankah Tuhan itu Maha sempurna...
Insafi diri ini dengan bersyukur...tanpa rahmatNya, kita tiada...
Siapa kita untuk menderhaka...sedangkan kita tiada saham untuknya...
Siapa kita untuk terus kufur...sedangkan Tuhan murah nikmatNya...
Namun masih ada yang leka...seakan mencabar Yang Maha Kuasa....
Tidakkah kita gerun Neraka...Azabnya tak tertanggung oleh kita yang lemah...
Betapa beruntung orang yang bertakwa...
Mari bersama mengenal diri...semoga dapat menginsafi...
Menjadi hamba yang berperibadi...mudah-mudahan selamat di Titian Sirat...
Buat mereka yang mahu berfikir.....




