Wednesday, February 17, 2010

Selepas ni, apa?


Semasa semester akhir di UIA dulu, pernah seorang sahabat bertanya, "apa perancangan lepas grad ni?" "cari kerja" jawab aku ringkas. Soalan dilanjutkan lagi..."lepas tu?" "hmm...kahwin, dapat anak, besarkan anak..." aku menjawab tanpa pasti. "Maksudnya, sepanjang umur kita ni akan disibukkan dengan mengurus diri sendiri & keluarga sendiri..." sahabat mula menduga. Aku pun tak pasti sama ada itu merupakan pertanyaan atau pernyataan. Aku biarkan kata-kata sahabat aku tu tergantung tanpa dijawab. Namun kata-kata tu punya pengaruh tersendiri pada kehidupan aku sampai hari ni. Sesekali, terngiang kata-kata tu, buat aku flashback apa yang aku dah lakukan dalam beberapa tahun kebelakangan. Alhamdulillah...banyak juga perkembangan yang positif dalam hidup, tapi secara jujurnya...matlamat yang disasarkan masih kurang tercapai. Belum lagi cerita untuk berjuang untuk agama, kekuatan untuk membina diri dan keluarga sendiri pun tampak masih goyah.

Perbualan antara aku & sahabat aku tu mula menjadi realiti. Hari ini, aku merupakan manusia yang sibuk dengan urusan diri dan keluarga sendiri. Perjuangan agama? Cakap aje tindaknya takde... Sumbangan pada masyarakat? Takde pun yang hebat2... 

Selalu aku berfikir & bertanya, sejauh mana aku boleh lakukan atas kapasiti sekarang? Mungkin aku dah sampai dinding yang aku kena cari pintunya untuk lihat apa yang ada disebelah sana...seperti kata-kata Afdlin Shauki dalam Cuci. Teringat pula pesan arwah ayah, "jangan tunggu ada jawatan baru nak buat kerja, selagi kita tahu kita buat perkara yang betul, jangan pedulikan apa orang kata..." itu resepi hidup arwah ayah yang membuatkan kehilangannya amat dirasa.

Dah lama juga aku fikirkan wasilah yang boleh aku gunakan, malah pernah juga aku mencuba beberapa jalan. Jemaah tabligh, nasyid, politik, NGO malah blog ni pun aku create atas tujuan yang sama tapi entah lah, rasa macam kurang impaknya.

Banyak lagi yang aku perlu belajar, supaya aku lebih faham, lebih tabah dan lebih kuat untuk menjadi seorang pejuang, kerana jalan perjuangan tak akan pernah senang. Semoga aku tak mengisi tabung akhirat dengan kesibukan dunia.

4 comments:

  1. chedin, bunyik mcm frust aje..relex3!

    kata org sedikit3 lama3 jd bukit. sedikit asal berkat. tol x? :)

    teruskan usaha, leh aku tumpang dpt pahala dgn membaca hik3..

    ReplyDelete
  2. thanks Qim for your support & advise...
    bukan frust...cuma risau...tp betul la mcm ko ckp, penting BERKAT...
    klu ingat cite burung yg bawak air dalam paruhnye utk padamkan api yg bakar nabi ibrahim a.s., bermotivasi la ckit...

    ReplyDelete
  3. che din, cari movie sang murabbi (cam biasala - kat you tube). mudah2an bermanfaat

    aku selalu kagum dgn orang yg berjiwa besar, berbakti untuk orang lain. walaupon orang tu dia tak kenal. kebanyakan kita skrg ni, pk untuk diri kita dan keluarga kita je.

    ReplyDelete
  4. thanks awa, insya-Allah nnti aku download. aku try juga cari beberapa ikon berjiwa besar untuk dicontohi dan diteladani mcm ust. zaharuddin & ust. hasrizal; non-partisan, berpandukan nas, realistik dan praktikal...

    ReplyDelete