Tuesday, April 21, 2009

ISA; Keselamatan atau Kezaliman?

Minggu lepas dalam ASTRO Awani, aku ikuti diskusi tentang ISA. Diskusi tu attended by both sides BN & pembangkang, so faham-fahamlah, huru-hara jadinya sampai moderator tak sempat nak mencelah...susah juga kalau dah tua-tua pun tak tau nak bergilir untuk bercakap... Tapi dalam huru-hara tu, dapat jugak aku spot apa isi perdebatan diorang tu. Rasa pelik pulak tengok wakil BN beriya-iya benar mempertahankan ISA, tak sedar ke dia sedang mempertahankan kezaliman? Tak sedar ke berapa ramai isteri & anak-anak tahanan ISA yang merana akibat suami/ayah ditahan tanpa bicara? Sanggup ke dia nak jawab jawapan yang sama di akhirat nanti kenapa dia pertahankan kezaliman?

Ada beberapa contoh yang wakil BN bagi untuk justify ISA, secara rumusannya, semua alasan tu berkisar tentang;
  1. Bila memerlukan penahanan seseorang secara urgent;
  2. Bila tiada undang-undang khusus untuk mendakwa;
  3. Bila kebebasan seseorang memberi risiko kepada negara.

Pada aku, alasan-alasan nie semua lemah, tak mencerminkan satu keperluan yang betul-betul mendesak. Undang-undang sedia ada telahpun memboleh seseorang individu direman segera bagi memboleh siasatan dibuat. Jadi tak perlulah seseorang tu ditahan tanpa bicara kerana ia jelas satu kezaliman. Secara jelasnya bagi setiap kesalahan yang dilakukan sewajarnya ada undang-undang yang menyatakan kesalahan yang dilakukan, jika tidak, ia merupakan satu kelemahan sistem perundangan.

ISA memperuntukan; Section 73(1) Internal Security Act 1960: "Any police officer may without warrant arrest and detain pending enquiries any person in respect of whom he has reason to believe that there are grounds which would justify his detention under section 8; and that he has acted or is about to act or is likely to act in any manner prejudicial to the security of Malaysia or any part thereof or to maintenance of essential services therein or to the economic life thereof."
Sect 8. Power to order detention or restriction of persons. "(i) If the Minister is satisfied that the detention of any person is necessary with a view to preventing him from acting in any manner prejudicial to the security of Malaysia or any part thereof or to the maintenance of essential services therein or the economic life thereof, he may make an order (hereinafter referred to as a detention order) directing that that person be detained for any period not exceeding two years."

Pemberian kuasa mutlak kepada seseorang menteri untuk membuat justifikasi sama ada seseorang memberi risiko kepada negara adalah amat tidak wajar. Ia tak ubah seperti menggunapakai semula undang-undang kuno.

Islam sendiri telah menggariskan hak-hak orang yang dituduh untuk diberitahu kesalahannya, dibicarakan, dibenarkan membela diri dan dihukum dengan adil jika bersalah. Allah SWT yang hakikatnya berhak menghukum makhluk tanpa bicara pun bicarakan kita semua di mahsyar nanti, so siapa lah menteri nak menghukum orang tanpa bicara...

Firman Allah Taala dalam surah Hud ayat 113; "Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api Neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan."

19 comments:

  1. Gelak aku bila baca "susah juga kalau dah tua-tua pun tak tau nak bergilir untuk bercakap... " haha

    aku pon tak paham kenapa diaorg dok pertahankan USA. Bagi aku itu cuma tindakan yg tak gentleman. tapi ramai jugak org yg tak paham kenapa kita beria2 menentang ISA (sebab mereka rasa (bukan fikir ya) ISA masih relevan)

    sesiapa yg tak paham kenapa ISA itu zalim, silalah cari buku2 tentang pengalaman tahanan ISA. dan siapa sebenarnya (jenis pesalah) yg ramai2 duduk kat Kamunting tu (yg kita tau - yg masuk TV, sikit je)

    kalau tak jumpa buku yg mmg2 terang2 terletak kat rak buku kedai buku, silalah tanya pak cik google, atau pegila laman2 web yg berkaitan tentang nasib anak2 dan isteri2 tahanan ISA.

    kalau tak mau juga, aku doakan malam ini Allah datangkan kau mimpi tentang realiti ISA.

    Bagi orang2 jumud.. ISA bukan isu politik, tapi isu kemanusiaan yaaa. Sekian

    tumpang lalu ya tuan rumah.. :)

    ReplyDelete
  2. :P nak eja ISA jadi USA plak.. tu la Mcdonald bnyk sgt mendarah daging dalam badan aku ni

    ReplyDelete
  3. heheheh...tu la Awa, byk mkn bigmac...hmm..xpe la, sama la tu ISA dgn USA...

    ReplyDelete
  4. suka juga ayat yang awa tag tu...

    aku pun tak suka keganasan.

    ReplyDelete
  5. kalo nak cita bab zalim ni chedin, bukan setakat ISA..kat lokap biasa pon mcm3 dorang kejakan...isk..

    ReplyDelete
  6. aku pn pernah dgr psl kes dera kat lokap tu, mmg diorg dera nak suruh org mengaku...tu yg ada kes mati dlm lokap...

    ReplyDelete
  7. aku baru balik dr site penjara simpang renggam..scary place..!

    ReplyDelete
  8. awat scary pulak Ogy, citer la ckit...

    ReplyDelete
  9. 1. masa dalam sel tahanan tu memang ader perasaan seram sejuk, rasa masuk ke dunia lain.

    2. yang ditahan kat penjara simpang renggam adalah otai2 ketua gangster. tapi aku tak jumpa la. depa kat blok sebelah.

    3. kontraktor cakap dah 2 kali pekerja dia terkunci dalam sel.. (tapi takde banduan la).. scary kan?

    4. dah la gelap, bau pun semacam..

    5. aaaaaaaaa... jeriji tu memang beso, memang takleh kuar... dlm apa cara sekalipun..

    6. sebab aku sorang2 pompuan dlm group tu, kang apa2 jadi, aku sasaran utama.

    ReplyDelete
  10. cerita pasal penjara, aku pernah pi penjara pudu masa dia bukak pd orang awam dulu...mmg seram la...tp rasa sayu kat satu sel tu, ada lakaran masjid dan rintihan ampun pada Allah...

    ReplyDelete
  11. semua sel ada lakaran masing2.. aku tanya pengawai penjara, depa bagi cat untuk dinding sel masing2.. aku pun jumpa cm maity jumpa.. dan aku ader jumpa surat antara banduan, nak pinjam maggi.. bayangkan-pinjam maggi.. syahdu..

    ReplyDelete
  12. penjara nie mmg direka utk buat org serik...pastu yg masuk kt dlm tu pn mcm2 jenis org...mmg mengerikan...lagi la klu sel akhir... Tu yg kesian sgt klu org yg teraniaya kena masuk situ... Klu korg pernah baca buku Zabidi Mohamed pasal Kumpulan Al-Maunah, mmg tragis...hampir kesemua yg dijatuhkan hukuman mati & penjara sepanjang hayat x tau aktiviti yg diorg join tu ada niat nk memberontak...diorg cuma diberitahu utk dtg ke bulit jenalik utk latihan silat...

    ReplyDelete
  13. ada kan rancangan kat tv3 pasal banduan akhir ni..sedih mmg sedih, tp yg untungnya dorang ni sblm mati dpt betobat..huhu..

    aa tetiba tingat lak cita prison break..xde sesape yg try cuba nak lari dr penjara cam scofield hik3..

    ReplyDelete
  14. zabidi mohamad ni yg x-al arqam tu kan? aku ada baca buku dia tersungkur dipintu syurga tu, kisah arqam. masa tu tak silap musa hasan yg tangkap diaorg, skrg dah jadi ketua polis dah.
    nak carilah buku ni, tp entah sampai hati ke tak nak baca.
    http://happysus.blogspot.com/2007/10/al-maunah-rashia-dalam-rahsia.html

    buku Universiti Kedua kisah ISA dah ada kat rumah aku dr masa kecik2 lagi. tp aku tak berani baca, aku baca skit je pastu rasa seram sgt. thn 1998 masa anwar masuk jel baru aku cari blk buku tu, barulah berani baca. sebab masa tu meluap2 nak tau apa ada kat kemunting tu. lepas tu aku baca few buku lagi ttg ni dan juga kisah2 yg jumpa kat net. sebab tu lah, walau apa pon alasannya, aku mmg menentang 100% ISA. lagipon ISA ni mmg tak ikut law islam pon. ini ikut british penjajah punya law

    ReplyDelete
  15. qim; kalau tringat penjara mmg aku mmg tringat scofield uhuk..

    ReplyDelete
  16. rekabentuk bilik akhir, hanya 20 langkah sahaja ke bilik tali gantung.

    ReplyDelete
  17. yeh yeh..hari ni dapat gaji...

    BIB

    ReplyDelete
  18. saje la you tu buat2 hepi...padahal gaji bulan Disember tahun lepas pun lom abis pakai...

    ReplyDelete
  19. awa, aku rasa buku tu ade dlm koleksi ayah aku..pasal ISA...tp mcm biasa aku x baca pon...

    seram pulak bila cite psal penjara ni semua. nauzubillah..

    ReplyDelete