Wednesday, March 18, 2009

Apa Ertinya Saya Menganut Islam?


Buku "Apa Ertinya Saya Menganut Islam?" karangan Fathi Yakan nie aku baca masa kat UIA dulu...dah lama dah...tapi tetiba rasa relevan utk aku kaitkan dgn post aku ni... Puas aku elakkan diri utk komen pasal perkembangan politik kat Malaysia sekarang nie tapi...entahlah...walaupun sedar suara marhaien mcm aku nie tak kan sampai ke mana, aku masih rasa nak bersuara...

Secara ringkasnye...buku ni berikan point yang ringkas tapi tuntas...sebagai seorang Muslim, kita wajib mempunyai Aqidah seorang Muslim, Ibadah seorang Muslim dan Akhlak seorang Muslim. Berbekalkan tiga kunci itulah baru terzahir imej Islam pada diri kita. Sebaliknya, kalau kita cuma fokus pada imej, nak dilihat sebagai seorang Muslim, tanpa mendokong ketiga-tiga kunci tu, kita mungkin mempunyai split-personality, zahirnya Islam...hakikatnya...Wallahu a'lam...

Sama ada kita perasan atau tidak, perjuangan untuk menjadikan negara kita nie sebagai Negara Islam dah berlangsung selama 57 tahun. Dan sama ada kita sedar atau tidak selama 57 tahun itulah halangan utama terhadap matlamat ini adalah orang Melayu yang diiktiraf Islam oleh Perlembagaan. Ternyata kita terperangkap bawah dasar pecah dan perintah penjajah sehingga kita kerapkali taksub dalam berjuang demi bangsa sehingga mengabaikan perjuangan agama. Ternyata kita termakan "momokan anti-Hudud" oleh golongan bangsawan yang berkepentingan. Siapalah kita nak mempertikaikan hukum Allah, apalah daya akal kita nak menjangkau Ilmu Allah...aqidah seorang Muslim seharusnya punya keyakinan yang total, 100% terhadap segala ketetapan Allah SWT.















Fikir.....

Renungi diri ini dalam cermin tafakur...bukankah Tuhan itu Maha sempurna...
Insafi diri ini dengan bersyukur...tanpa rahmatNya, kita tiada...
Siapa kita untuk menderhaka...sedangkan kita tiada saham untuknya...
Siapa kita untuk terus kufur...sedangkan Tuhan murah nikmatNya...
Namun masih ada yang leka...seakan mencabar Yang Maha Kuasa....
Tidakkah kita gerun Neraka...Azabnya tak tertanggung oleh kita yang lemah...
Betapa beruntung orang yang bertakwa...
Mari bersama mengenal diri...semoga dapat menginsafi...
Menjadi hamba yang berperibadi...mudah-mudahan selamat di Titian Sirat...
Buat mereka yang mahu berfikir.....

6 comments:

  1. sbb kita ni lahir dah Islam, so kuranglah rasa bersyukur dgn nikmat Islam...malu kalo tgk muslim3 yg reverted kat sini tau chedin, sumenya bukan setakat pegangan Islam yg kuat, pemahaman tu lagi mendalam drp kita yg born as Muslim ni..x caya cuba jawab soklan ni..

    'semua penganut agama kata agama dorang betul, tp kenapa kita rasa agama kita sebenarnya yg betul?'

    aa jawab3!! ;)

    ReplyDelete
  2. Hmm...menarik soklan ko tu Qim...aku cuba jawab la ye...aku bg 2 sbb:
    1. mmg sume agama ajak kpd yg baik, the main difference between them is Aqidah. Tp dlm byk2 agama tu cuma Islam yg ada sistem yg lengkap dlm sume aspek hidup dari ibadah, jenayah, muamalat, munakahat dsb...

    2. Tuhan agama lain x pernah pn mengaku nama agama yg dia iktiraf utk sembah dia. Hanya Allah SWT yg ada mengaku dlm Quran bahawa Islam itulah agama yg dia terima...

    ReplyDelete
  3. aku pon kurang bersyukur...teruk betul aku ni

    ReplyDelete
  4. bagus chedin, menggunakan hujah Al Quran utk sapot reason..

    secara overallnya, kita mmg jgn lupa Al Quran tu petanda mukjizat dan alasan plg kukuh utk tegakkan Islam..

    nak jawab soalan aku td tu sebenonya kena tgk sape penyoal..dan jawapan3 pon kena bersesuaian pd kehendak penyoal..

    kadang3 non Muslim ni cuma nak test aje, korang leh jawab ke x..utk nak pastikan korang ada keyakinan kukuh utk agama. (penyoal 1)

    kadang3 penyoal tu nak shortcut, xmo refer Quran, nak jawapan tu based on surface..nak kaitkan apa yg dia nampak n paham..(penyoal 2)

    kadang3 lak penyoal mmg nak tau apa yg Quran ckp and nak blajo lebih..(penyoal 3)

    so jawapan ko tu adalah jawapan utk penyoal yg terakhir (3)..:)

    camne nak jawab soklan3 penyoal yg no 1 and no 2 ni lak..aa jom kita bukak topic kat group hehe...

    ReplyDelete
  5. penyataan: semua agama mengajak kepada kebaikan.

    soalan 1: apa maksud kebaikan? Akidah adalah asas agama. apakah kejahatan yang paling jahat selain menyekutukan Pencipta?

    ReplyDelete
  6. nak share jugak..tapi nanti aku post kat fb..anak aku meragam lak

    ReplyDelete