Monday, April 6, 2009

Sirih Pulang Ke Gagang.....

Alhamdulillah... dapat jugak ambil sikit masa untuk update blog... sedikit catatan perjalanan menyusuri Bandar Penawar menghala ke Desaru Damai Beach Resort...

Actually aku kena pegi berkursus kat situ, 4 hari, 30/3 sampai 2/4....so dalam kepala nie banyak la perancangan... nak pusing2 kat sekolah... nak ronda2 kat Bandar Penawar... nak pegi Tanjung Balau... nak pegi Batu Layar... nak pegi Teluk Ramunia...tapi yang berjaya aku buat cuma 2 je, ronda Bandar Penawar dengan jenguk Tanjung Balau. Memang dah lama sangat aku tak pegi area sini...bayak sgt perubahan yang di luar pengetahuan aku especially perkembangan sekolah sains & sekolah sukan. Yang menyedihkan, Desaru dah tak semeriah dulu...tempat gokart pun dah tak terjaga...tak tau la, maybe kalau weekend ramai orang...


Hasil tinjauan kat Bandar Penawar, masih seperti dulu...lengang. Tempat aku lepak dgn kengkawan makan sardine bun lepas solat Jumaat pun dah takde...rasanye deretan kedai kat Bandar Tenggara jauh lebih meriah...


Malam ketiga kursus, aku try jenguk Tanjung Balau...terkejut tengok perkembangan kat situ...dah banyak chalet & siap ada jeti... Dari maklumat yang aku dapat tempat tu kepunyaan Perbadanan Johor, tapi tak dapat sambutan...hmm...best juga kalau buat 2nd gathering batch 96 SMKABP kat situ...

Sunday, March 29, 2009

Selamat Hari Lahir Sayang...

Pening la pulak fikirkan macam mana nak celebrate birthday Fiza tahun nie...ye la, aku nie memang spesis suami yang kurang romantik, tak pandai betul nak plan something remarkable... tapi kalau boleh birthday dia yang kali nie aku nak mulakan sesuatu yang lain...so sejak awal bulan Mac aku try fikirkan apa yang boleh aku usahakan...



Memula tu macam nak ajak dia makan kat cruise, tapi sebab kitorang plan nak balik Kluang dari 27 sampai 29 Mac & aku ada kursus dari 30 Mac sampai 2 April kat Desaru Beach Resort, aku pun terpaksa tukar plan to make it at somewhere in Kluang pada malam 30 Mac tu... Fikir punya fikir, akhirnye aku figure out satu tempat yang sesuai...Restoran Rong Seri kat Lian Seng Garden, Kluang. Bab venue dah selesai...sekarang nie boleh concentrate bab present je...




Memang dari awal aku plan nak belikan kain sepasang dengan jubah seluar untuk Fiza. Saje la sebab rasanye dah lama jugak tak belikan dia kain & baju yang special sikit... Tapi terus terang aku katakan, aku memang x reti betul pilihkan barang untuk orang perempuan especially kain pasang...kalau beli baju siap tu okay sikit...jadi aku terpaksa mintak khidmat mak & adik perempuan aku untuk pilihkan kain pasang & baju siap tu aku pilih sendiri... Punyalah susah nak decide baju yang aku nak pilih tu, last sekali aku berkenan baju yang patung kat kedai tu pakai...kesian patung tu kena cari baju lain...huhuhuhu...next, cari kotak & paper bag yang sweet...bab present settle...Untuk tambah nilai romantika...aku gagahkan kaki masuk ke florist yang memang x pernah aku buat...beli sedozen & mintak diorang gubahkan...





Harapnye Fiza dapat mesej di sebalik usaha aku nie...aku amat menghargai kehadiran dia dalam hidup aku...memang aku tak pandai nak tunjukkan kasih sayang aku pada dia tapi hanya Allah yang tau betapa aku sayang pada Fiza..
Ya Allah, suburkan rasa cinta kami kepada Mu dan rasa cinta antara kami...Amin...

Friday, March 27, 2009

Post Tenangkan Minda : Makanan Favourite Hari Jumaat

Setelah dua post berat, aku try sejukkan balik blog dengan post nie...just nak citer makanan favourite aku every Jumaat. Venue nye, Warung Batu...ye Warung Batu yang kat sebelah dengan Wisma Persekutuan Johor Bahru, kat Jalan Syed Mohamed Mufti.

Menunye....nasi putih, sup kosong dan yang special nye...daging masak black pepper...memang kena dgn selera aku & poket aku...RM3.50 je....


Dessert, jelly + fruits....tengok pun dah tau sedap....RM2 je kos nye...
Sesapa yang nak try datang je kat Warung Batu, cari kedai Bob (Macam2 Ada) & kedai air (Gerai Endang)....

Tuesday, March 24, 2009

Perjuangan Bangsa vs Perjuangan Agama...

Puas aku memikirkan nak post sesuatu yang santai, lite & easy, tapi yang ada kat benak aku nie cuma isu-isu berat yang semakin lama semakin kritikal. Ye lah, bila manusia dah terdesak, macam-macam sanggup dilakukan, Iman lah yang mengimbangkan sejauh mana kita sanggup pergi... Mungkin post kali nie ada kaitan dgn post sebelum nie, cuma aku try fokus lebih sikit terhadap ketaksuban kita pada bangsa kita...upssss...jangan marah dulu, sudi lah baca keseluruhan apa yg nk aku bincangkan...Mungkin ada yang berpendapat apa yang aku bincangkan nie isu lama, tapi saje aku nak share sesuatu dari perspektif aku sebagai permerhati politik kelas bawahan.

Dari pemerhatian aku, perjuangan politik Melayu kat Malaysia ni boleh dibahagikan kepada 3 iaitu:


  1. Golongan yang pada asalnya memperjuangkan survival bangsa tapi tersesat dek kerana mengutamakan kepentingan peribadi berbanding matlamat organisasi;

  2. Golongan memperjuangkan keadilan dalam konteks Malaysia tanpa mengabaikan hak istimewa orang Melayu; dan

  3. Golongan yang menjadikan Islam sebagai dasar perjuangan tanpa berbataskan elemen kebangsaan.


Pada aku, golongan yang ketiga lah yang patut diberikan dokongan sebab itulah tugas hakiki kita sebagai umat yang mewarisi tugas para nabi. Mungkin ada yang kurang bersetuju Islam diperjuangkan melalui jalan politik, tapi kalau kita sorot semula perjuangan para nabi terdahulu, pasti kita punya jawapan kenapa kuasa politik tu penting. Sekadar memberi beberapa contoh, pertentangan tentera Thalut dan Jalut pada zaman Nabi Daud a.s., pertembungan Nabi Musa & Firaun & Perjanjian Aqabah 2 antara Rasulullah SAW dengan Muslimin Madinah menunjukkan mengapa Islam perlu menguasai kepimpinan. Selain itu, kaedah penyebaran Islam pada zaman Khulafa'ur Rasyideen, zaman Bani Uthmaniyyah dan Bani Abbasiyyah juga antara contoh bagaimana kuasa politik membantu dalam mendaulatkan Islam. Semasa Islam di bawa ke Tanah Melayu pun, penyebarannya bermula dari istana yang merupakan pemegang kuasa politik ketika itu. So, harapnya aku dah boleh buktikan kenapa politik tu penting.

Di bumi Malaysia perjuangan politik Islam nie wujud sekitar tahun 1951 dengan matlamat untuk menjadikan Tanah Melayu (Malaysia) sebagai sebuah negara Islam. Kebangkitan ini dicetuskan para ulama' yang mendapat pendidikan di universiti-universiti di Timur Tengah. Ulama'-ulama' ini yang pada mulanya menyertai perjuangan yang bersifat kebangsaan beralih kepada sebuah organisasi yang lebih memberi fokus terhadap kedudukan Islam setelah merasakan terdapat kekurangan dari aspek matlamat perjuangan mereka. Bagi mereka, Islam seharusnya bukan sekadar agama rasmi negara tapi perlu dinobatkan sebagai satu dustur yang paling agung mengatasi perlembagaan ciptaan manusia.

Tak dinafikan perjuangan bangsa Melayu merupakan perjuangan yang murni untuk memastikan survival kita di tanah air kita sendiri, namun janganlah sehingga ketaksuban kita terhadap perjuangan tersebut membuatkan kita lupa pada tanggungjawab kita terhadap agama.

Cita-citaku Islam gemilang...
Cita-citaku Daulahnya berulang...
Cita-citaku Islam cemerlang...
Cita-citaku Islam tinggi menjulang...

Wednesday, March 18, 2009

Apa Ertinya Saya Menganut Islam?


Buku "Apa Ertinya Saya Menganut Islam?" karangan Fathi Yakan nie aku baca masa kat UIA dulu...dah lama dah...tapi tetiba rasa relevan utk aku kaitkan dgn post aku ni... Puas aku elakkan diri utk komen pasal perkembangan politik kat Malaysia sekarang nie tapi...entahlah...walaupun sedar suara marhaien mcm aku nie tak kan sampai ke mana, aku masih rasa nak bersuara...

Secara ringkasnye...buku ni berikan point yang ringkas tapi tuntas...sebagai seorang Muslim, kita wajib mempunyai Aqidah seorang Muslim, Ibadah seorang Muslim dan Akhlak seorang Muslim. Berbekalkan tiga kunci itulah baru terzahir imej Islam pada diri kita. Sebaliknya, kalau kita cuma fokus pada imej, nak dilihat sebagai seorang Muslim, tanpa mendokong ketiga-tiga kunci tu, kita mungkin mempunyai split-personality, zahirnya Islam...hakikatnya...Wallahu a'lam...

Sama ada kita perasan atau tidak, perjuangan untuk menjadikan negara kita nie sebagai Negara Islam dah berlangsung selama 57 tahun. Dan sama ada kita sedar atau tidak selama 57 tahun itulah halangan utama terhadap matlamat ini adalah orang Melayu yang diiktiraf Islam oleh Perlembagaan. Ternyata kita terperangkap bawah dasar pecah dan perintah penjajah sehingga kita kerapkali taksub dalam berjuang demi bangsa sehingga mengabaikan perjuangan agama. Ternyata kita termakan "momokan anti-Hudud" oleh golongan bangsawan yang berkepentingan. Siapalah kita nak mempertikaikan hukum Allah, apalah daya akal kita nak menjangkau Ilmu Allah...aqidah seorang Muslim seharusnya punya keyakinan yang total, 100% terhadap segala ketetapan Allah SWT.















Fikir.....

Renungi diri ini dalam cermin tafakur...bukankah Tuhan itu Maha sempurna...
Insafi diri ini dengan bersyukur...tanpa rahmatNya, kita tiada...
Siapa kita untuk menderhaka...sedangkan kita tiada saham untuknya...
Siapa kita untuk terus kufur...sedangkan Tuhan murah nikmatNya...
Namun masih ada yang leka...seakan mencabar Yang Maha Kuasa....
Tidakkah kita gerun Neraka...Azabnya tak tertanggung oleh kita yang lemah...
Betapa beruntung orang yang bertakwa...
Mari bersama mengenal diri...semoga dapat menginsafi...
Menjadi hamba yang berperibadi...mudah-mudahan selamat di Titian Sirat...
Buat mereka yang mahu berfikir.....