Showing posts with label Jalan2. Show all posts
Showing posts with label Jalan2. Show all posts

Tuesday, June 1, 2010

Jalan2 @ Singapura

Dah lama juga aku berangan-angan nak ke Singapura, bukan apa, saja nak tengok tempat orang...dengar-dengarnya Singapura antara bandar terbersih & paling sistematik di dunia, so nak la juga tengok sendiri... Tapi dah berapa kali plan, tak jadi...maklumlah, aku tak confident nak drive sendiri ke sana, so kena tunggu orang yang sudi nak bawak...

Nak dijadikan cerita, akhirnya kesampaian juga hajat aku...sekolah adik aku buat lawatan ke Singapura, kosnya cuma RM100 untuk dewasa & RM50 untuk kanak-kanak termasuk kos untuk group-passport...okay la tu. Lawatan dijadualkan pada 28 Mei (Wesakday) so tak payah la aku apply cuti.

Tiba hari perjalanan, kami diminta menunggu di Masjid Sultan Abu Bakar seawal 6 pagi coz bas akan bertolak jam 5 pagi dari Kluang, so Fiza bangun pukul 3 pagi siapkan sarapan & bekalan. Sebakul juga bekal yang dia siapkan...nasi goreng, ayam goreng, telur masak kicap, nugget & sosej. Pukul 6 pagi adik aku call beritahu bas baru je bertolak dari Kluang, 1 jam delay. Tunggu punya tunggu, akhirnya bas sampai di Masjid Sultan Abu Bakar pukul 8 pagi setelah beberapa kali berhenti... Sebelum bertolak, urusetia maklumkan sebarang bekalan makanan adalah dilarang dibawa masuk ke Singapura, so sebakul bekalan yang Fiza dah siapkan terpaksalah ditinggalkan dalam kereta.... Kami bergerak ke kompleks CIQ lebih kurang jam 8.30 pagi. Agak lama juga proses immigration di CIQ & Woodlands, hampir 2 jam, maklumlah kebanyakan dari kami guna group-passport...Muaz & Anas pun dah mula keletihan sampai terkeluar ayat dari mulut Muaz, "macam ni je ke kita pegi Singapura??". Jam 10.30 proses immigration selesai....


Jam 11 pagi, tiba di destinasi pertama, Singapore Science Center. Kami dibekalkan dengan map & tiket, bergerak secara sendiri & mesti balik ke bas pada jam 12.30 tengahari. Merayau-rayau la aku sekeluarga dalam Science Center tu, tak pasti area mana yang lebih utama untuk dilawati. Dalam kekonfiusan tu, kami cuma sempat pergi ke seksyen Discovery Zone, Sound Exhibition, The Mind's Eye & Marine Alcove, lebih kurang 30% dari pameran yang ada...rugi...rugi...


Next kami berhenti kat area Masjid Sultan di North Bridge Road untuk lunch & solat. Sekali lagi, kami dibiarkan untuk mencari tempat makan sendiri. Mujurlah dengan bantuan orang tempatan, kami jumpa tempat makan yang sesuai di Raffles Hospital. Harga makanan, memang berpatutan kalau nilai tukaran SD ke RM tak diambilkira...nasi ayam baru SD3.50...



Lepas makan mata pun dah layu...maklumlah masing-masing bangun awal...masuk je bas terus "pengsan", sedar-sedar dah sampai kat Anderson Bridge (Fullerton Road). Jam dah pukul 4.30 petang, 2 jam lari dari waktu program yang dirancang. Sempat jugalah snap beberapa keping gambar walaupun Muaz & Anas dah agak keletihan & hilang mood nak berjalan...



Seterusnya kami bergerak ke Sentosa Island. Jalan agar sesak & kami sampai lebih kurang jam 6 petang. Aktiviti yang dirancang di Pulau Sentosa; melihat pemandangan dari Lion Sky-Tower. Oleh sebab budak-budak pun dah penat, aku & Fiza decide untuk skip aktiviti ni. Kami tengok view dari bawah menara je...Pukul 7.00 kami bertolak semula ke Woodlands. Singgah kat deretan gerai di Woodlands Center Road. Sempat juga aku shopping sikit & solat Maghrib di masjid An-Nur. Lepas tu, terus ke immigration complex untuk check-out.


Lebih kurang jam 9.30 malam baru kami sampai semula ke Masjid Abu Bakar...lega rasanya selesai menempuh perjalanan yang kurang terancang. Takpe la, sekurang-kurangnya aku dah dapat jejak kaki kat Singapura, dah tau serba sikit selok belok jalan kat sana, insya-Allah next time kami boleh pergi dengan kereta sendiri...

Tuesday, March 30, 2010

Tag From Qim...

Lamanya tak menjenguk blog. Maklumlah, orang dah lama tak amik periksa, sesekali kena PTK, baru berasap kepala.... Anyway sebelum aku start dengan entry lain, better aku settlekan hutang dengan Qim yang hampir-hampir nak jadi hutang lapuk....

Tag dari Qim, instruction nya...

1. Go to your photo files…Select the 8th photo folder.

2. Select the 8th photo in that folder.

3. Post that photo along with the story behind it.



Keputusannya: 




Nama Folder: D://Photo/Family Trip/Melaka
Nama Gambar : DSC000603.JPG

hmm....gambar yg aku amik guna K510i aku yg dah ghaib...masa sesi lawatan ke Melaka tahun 2006, bawak budak-budak kecik yang tak pernah sampai A Famosa...tapi yang senior-senior pun tumpang suka juga coz kali terakhir kami ke situ ialah pada 1995...terlalu banyak perubahan dah berlaku, especially di Bandar Hilir...

4. Then challenge 8 blogging friends to do the same!???
Tak payah la kot, kengkawan aku dgn kengkawan ko lebih kurang sama je Qim...heheheh....sorry...

Friday, June 5, 2009

Family Trip : Langkawi


Idea nak pegi ke Pulau Langkawi ni asalnye datang dari mak aku, sbb dia dah banyak kali sebut nak ke sana so aku usahakan arrange satu family trip ke Langkawi. Tapi dua bulan sebelum tarikh yg dirancang, mak aku dapat offer dari adik aku untuk join trip sekolah dia ke Langkawi. Oleh kerana masa tu rumah persekutuan yg aku apply x confirm lagi, so aku x kisah la mak ikut adik aku tu... Selang beberapa hari aku dapat confirmation tentang bilik yg aku apply tu, aku & wife decide untuk proceed trip tu disertai adik lelaki (Firdaus) & dua anak buah aku (Hafiz & Tasya). Yang adventure sekali, kami memilih keretapi sebagai kenderaan utama kami...Muaz & Anas la yg paling excited sekali, tak sabar nak naik 'Thomas'...

Perjalanan kami bermula pada 31 Mei jam 11 pagi dari Kluang ke KL menaiki kereta. Kami singgah di Banting memenuhi jemputan kahwin member aku. Lama jugak kami kat situ, maklumlah jumpa kawan2, banyak la sembangnye...lagipun train kami pukul 8 malam. Lepas tu kami terus ke rumah kawan kami Taufik & Kak Murni kat Bangi. Diorg volunteer nak hantar kami ke KL Sentral, terima kasih banyak, dah banyak jasa diorg nie kat aku...

Masuk je 'Thomas', Muaz terus tak lekat kat seat dia, aku layankan aje, tengok berapa lama dia tahan. Anas memang dari pagi tak berapa sihat, kalau tidak dia pun sama ligat... Fiza pun agak keletihan layan mabuk... Perjalanan dijangka dalam 12 jam so sampai Arau dalam lingkungan pukul 8 pagi, so dalam train, masa byk dihabiskan dengan tido...





Sampai Arau kami terus cari cab ke jeti Kuala Perlis, perjalanan dalam 20 km je. Sampai kat jeti kawan aku dah belikan tiket feri pukul 10 pagi....thanks a lot Aya... kitorg breakfast lebih kurang, terus naik feri. Perjalanan dalam 1 jam ke Pulau Langkawi.

Tiba kat Langkawi dalam pukul 11 lebih, aku terus contact En. Mat Din org yg aku dah janji nak sewa Serena. Dia pun dah memang menunggu kat situ. Lepas dapat kereta, kitorg terus pegi isi perut...dari aku nampak banyak juga Siamese yang bukak kedai makan kat sini, so kena tengok2 nak cari kedai makan... Lepas makan kitorg terus ke Federal Villa Hotel kat Pantai Tengah, dalam 15 km dari pekan Kuah.

Lepas check-in kami terus ke bilik...ingat nak berehat sampai pukul 4 je, sedar2 dah pukul 6 petang, memang penat sungguh... So tak dapat la buat aktiviti petang tu, lepas Maghrib baru kami pegi dinner & ronda2 kat area duty-free shops...


Esoknye lepas breakfast, kami ke jeti Sg. Kilim Geoforest Park, lebih kurang 30 minit perjalanan dari hotel. Sampai jeti kami terus ke kaunter sewa bot, RM150 - 1 jam, RM200 - 2 jam...kami amik yg 2 jam... Pada aku memang berbaloi la, kami dibawa melawat Fish Farm, Eagle Feeding, Gua Buaya, Gua Kelawar & ronda2 tengok pulau2 kecik di sekitar Langkawi, aku happy je tengok Muaz, Anas, Hafiz & Tasya enjoy the journey. Lebih kurang pukul 12 tengahari, kami kembali ke jeti. Memang puas hati...






Eagle Feeding Area

Masuk ke Gua Buaya





Fish farm





Next destination is Cable Car Station kat Gunung Mat Cincang. Tak jauh puh dari jeti Sg. Kilim, lebih kurang 10 km. Lepas lunch, kami terus ke sana. Alhamdulillah, orang tak ramai, kami terus ke kaunter tiket, harga tiket RM 15 utk dewasa & RM 5 utk kanak2 (3 - 12 tahun). Kalau compare dengan cable car kat Genting Highland, aku rasa kat Langkawi jauh lebih best, view cantik & ketinggiannya menggayatkan...selain tu ada dua perhentian untuk kita menikmati pemandangan & angin tanah tinggi...710 meter dari aras laut. Kami spend masa hampir 2 jam kat atas tu... lepas tu kami terus balik ke hotel, sempat jugak pekena rojak & cendol dalam perjalanan balik...







Hari terakhir, train balik dijadualkan pukul 5.30 petang, so awal2 lagi aku dah beli tiket feri pukul 2.30 petang. Sebelum balik sempat jugak ronda2 kat Idaman Suri, shopping-mall terkenal kat Langkawi nie...memang juling la biji mata suri2 kalau datang kat sini, sesuai dengan namanya...barang kelengkapan dapur memang la teramat murah...yang jenama Pyrex, Corelle, Corning Ware pun semuanye murah, nasib baik la barang yang kami nak bawak pun dah banyak, kalau tidak mau jugak tewas aku & Fiza. Itu pun dah merengkek aku nak bawak...






Pukul 1.30 ptg kami terus ke jeti, lepas pulang kereta sempat jugak kitorg ke Dataran Helang, snap photo. Keadaan kt jeti petang tu sangat sesak. Dah la tu feri kitorg ada problem, kitorg kena pindah ke feri lain...nak masuk feri pun dah makan masa 1 jam. Pukul 3.45 petang baru feri bergerak. Aku agak risau sebab takut terlepas train. Tengok2 pukul 4.30 petang feri masih belum sampai kat jeti Kuala Perlis. Akhirnya feri sampai pukul 4.55 petang, aku & Firdaus dengan cergasnya bergegas keluar dari feri utk dapatkan cab. Luckily kami dapat cab cepat & sempat sampai ke KTM Arau sebelum train tiba...

Kami sampai ke KL Sentral pukul 6 pagi, sekali lagi sahabat aku yang teramat baik hati insist nak tunggu kami kat situ pagi2...thaks a lot Taufik. Kami singgah kat rumah Taufik sekejap & bertolak balik ke Kluang lebih kurang pukul 9 pagi.

Hmm...lepas ni bila la pulak kami boleh jalan2, kena tunggu baby baru tu keluar & besar dulu... Takpe la, at least sempat jugak aku kumpul duit, lepas nie boleh plan family trip jauh2 sikit...heheheh....


Monday, April 6, 2009

Sirih Pulang Ke Gagang.....

Alhamdulillah... dapat jugak ambil sikit masa untuk update blog... sedikit catatan perjalanan menyusuri Bandar Penawar menghala ke Desaru Damai Beach Resort...

Actually aku kena pegi berkursus kat situ, 4 hari, 30/3 sampai 2/4....so dalam kepala nie banyak la perancangan... nak pusing2 kat sekolah... nak ronda2 kat Bandar Penawar... nak pegi Tanjung Balau... nak pegi Batu Layar... nak pegi Teluk Ramunia...tapi yang berjaya aku buat cuma 2 je, ronda Bandar Penawar dengan jenguk Tanjung Balau. Memang dah lama sangat aku tak pegi area sini...bayak sgt perubahan yang di luar pengetahuan aku especially perkembangan sekolah sains & sekolah sukan. Yang menyedihkan, Desaru dah tak semeriah dulu...tempat gokart pun dah tak terjaga...tak tau la, maybe kalau weekend ramai orang...


Hasil tinjauan kat Bandar Penawar, masih seperti dulu...lengang. Tempat aku lepak dgn kengkawan makan sardine bun lepas solat Jumaat pun dah takde...rasanye deretan kedai kat Bandar Tenggara jauh lebih meriah...


Malam ketiga kursus, aku try jenguk Tanjung Balau...terkejut tengok perkembangan kat situ...dah banyak chalet & siap ada jeti... Dari maklumat yang aku dapat tempat tu kepunyaan Perbadanan Johor, tapi tak dapat sambutan...hmm...best juga kalau buat 2nd gathering batch 96 SMKABP kat situ...