Showing posts with label SMKABP. Show all posts
Showing posts with label SMKABP. Show all posts

Saturday, May 16, 2009

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru...buat semua pendidik dalam semua peringkat & dalam semua keadaan. Melalui kehidupan sebagai seorang ayah kepada 2 orang anak & 3 orang anak sedara menyedarkan aku betapa tugas mendidik & mengasuh bukanlah tugas yang mudah. Berdepan dengan pelajar zaman 'moden' dari sudut positif mahupun yang negatif, pendidik perlu miliki jiwa yang luhur & sabar, di samping kreatif dalam memastikan sesi pengajaran & pembelajaran berjalan sebaik mungkin. Walaupun persediaan menghadapi realiti bilik darjah telahpun didedahkan di peringkat maktab & universiti, kepelbagaian latar belakang pelajar memerlukan seorang guru mencari jalan & kaedah secara lebih inovatif.

Pengalaman sebagai pelajar menyedarkan aku bahawa betapa kerapkali pelajar gagal untuk memahami isi hati & maksud tindakan seorang guru. Berurusan dengan pelajar2 yang masih dalam proses mematangkan diri, dipersalahkan & dibenci menjadi lumrah kehidupan seorang guru.
Apa pun cabaran yang sedang & bakal digalas oleh seorang guru, harapan aku semoga semua yang telah memilih bidang perguruan sebagai kerjaya sentiasa tabah & ceria dalam melaksanakan tugas yang mulia ni....Semoga Allah SWT membalas kesungguhan anda semua dengan sebaik2 ganjaran...Selamat Hari Guru...



Pernah langkah ku payah
Menuju ke destinasi
Kerana malam gelap
Dan bintang hilang kerdipnya
Menjadikan arah ku keliru
Ke timur atau ke barat

Bagai lilin membakar diri
Menerangi kegelapan hati
Kau curahkan bakti dan budi
Jasamu tiada berganti

Namun tanpa rasa payah
Dia memimpin tanganku
Melangkah satu persatu
Dan mencipta jejak impian
Menjadikan arahku jelas
Aku harus ke hadapan

Ohoo… aku kini rindu
Pada satu nama yang berjasa
Tuhan, beri kekuatan
Untuk mendidikku selamanya
Ku pohon restu kasih-Mu
Ampunkanlah guru-guruku

Semalam ku lihat dia
Di bibirnya ada kalimah
Yang bergetar saban waktu
Sambil tangan menggenggam lilin
Lilin yang tiada terpadam
Menerangi hidupku kini


Monday, April 6, 2009

Sirih Pulang Ke Gagang.....

Alhamdulillah... dapat jugak ambil sikit masa untuk update blog... sedikit catatan perjalanan menyusuri Bandar Penawar menghala ke Desaru Damai Beach Resort...

Actually aku kena pegi berkursus kat situ, 4 hari, 30/3 sampai 2/4....so dalam kepala nie banyak la perancangan... nak pusing2 kat sekolah... nak ronda2 kat Bandar Penawar... nak pegi Tanjung Balau... nak pegi Batu Layar... nak pegi Teluk Ramunia...tapi yang berjaya aku buat cuma 2 je, ronda Bandar Penawar dengan jenguk Tanjung Balau. Memang dah lama sangat aku tak pegi area sini...bayak sgt perubahan yang di luar pengetahuan aku especially perkembangan sekolah sains & sekolah sukan. Yang menyedihkan, Desaru dah tak semeriah dulu...tempat gokart pun dah tak terjaga...tak tau la, maybe kalau weekend ramai orang...


Hasil tinjauan kat Bandar Penawar, masih seperti dulu...lengang. Tempat aku lepak dgn kengkawan makan sardine bun lepas solat Jumaat pun dah takde...rasanye deretan kedai kat Bandar Tenggara jauh lebih meriah...


Malam ketiga kursus, aku try jenguk Tanjung Balau...terkejut tengok perkembangan kat situ...dah banyak chalet & siap ada jeti... Dari maklumat yang aku dapat tempat tu kepunyaan Perbadanan Johor, tapi tak dapat sambutan...hmm...best juga kalau buat 2nd gathering batch 96 SMKABP kat situ...

Tuesday, March 10, 2009

REU SMKABP - Class of 96.



8 Mac 2009, lepas solat Subuh dah ada miss call dari tuan pengarah program, aku return call tak berjawab, mungkin dia sibuk buat persiapan. tak sampai seminit dia call balik, minta aku bawak ais, penyapu, parang & air paip. No problem boss. Kalau ikut perancangan manusia, hari ni aku & kawan2 dari batch 96 SMKA Bandar Penawar nak buat havoc kat Sembrong Lake Resort, kiranya reunion pertama batch 96. Pelik juga, walaupun kebanyakan dari yang nak datang nie bukan la orang yang aku biasa berhubung masa kat sekolah dulu tapi aku sangat teruja...

Pukul 8 pagi, kejutkan Muaz & Anas, dah bagitau diorang semalam nak pegi tengok horse....laju je la diorang bangun...mandi & bersiap. Walaupun dah janji dengan Director nak sampai pukul 8.30, pukul 8.30 baru aku berjaya bertolak dari rumah...pukul 9.15 baru sampai kat resort tu...

Bermula dengan sedikit komunikasi, akhirnya sesi perjumpaan berlangsung meriah, especially for the kids, walaupun agenda yang dirancang tak dapat dibuat, rasa puas hati dapat jumpa & tau perkembangan kawan2...ye lah, dah 12 tahun lebih kitorang tinggalkan sekolah...

Harapnye itu bukanlah perjumpaan yang terakhir, next meeting insya-Allah diadakan kat Hutan Bandar JB, tengoklah apa yang kami yang kat JB nie boleh usahakan. Hopefully lebih ramai yang boleh join nanti.

Pada aku penubuhan sebuah alumni nie selain dari mengeratkan silaturrahim sesama kawan2, perlu ada matlamat yang lebih bermakna. Sebagai sebuah organisasi yang bersandarkan gedung ilmu, seharusnya perlu ada satu keinginan untuk memberi sumbangan terhadap sekolah yang dah berjasa membentuk diri kita hari ini. Apa pun, ini adalah satu permulaan yang sangat baik. Semoga kami berjaya manfaatkannya dengan sebaiknya...