Saturday, May 16, 2009

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru...buat semua pendidik dalam semua peringkat & dalam semua keadaan. Melalui kehidupan sebagai seorang ayah kepada 2 orang anak & 3 orang anak sedara menyedarkan aku betapa tugas mendidik & mengasuh bukanlah tugas yang mudah. Berdepan dengan pelajar zaman 'moden' dari sudut positif mahupun yang negatif, pendidik perlu miliki jiwa yang luhur & sabar, di samping kreatif dalam memastikan sesi pengajaran & pembelajaran berjalan sebaik mungkin. Walaupun persediaan menghadapi realiti bilik darjah telahpun didedahkan di peringkat maktab & universiti, kepelbagaian latar belakang pelajar memerlukan seorang guru mencari jalan & kaedah secara lebih inovatif.

Pengalaman sebagai pelajar menyedarkan aku bahawa betapa kerapkali pelajar gagal untuk memahami isi hati & maksud tindakan seorang guru. Berurusan dengan pelajar2 yang masih dalam proses mematangkan diri, dipersalahkan & dibenci menjadi lumrah kehidupan seorang guru.
Apa pun cabaran yang sedang & bakal digalas oleh seorang guru, harapan aku semoga semua yang telah memilih bidang perguruan sebagai kerjaya sentiasa tabah & ceria dalam melaksanakan tugas yang mulia ni....Semoga Allah SWT membalas kesungguhan anda semua dengan sebaik2 ganjaran...Selamat Hari Guru...



Pernah langkah ku payah
Menuju ke destinasi
Kerana malam gelap
Dan bintang hilang kerdipnya
Menjadikan arah ku keliru
Ke timur atau ke barat

Bagai lilin membakar diri
Menerangi kegelapan hati
Kau curahkan bakti dan budi
Jasamu tiada berganti

Namun tanpa rasa payah
Dia memimpin tanganku
Melangkah satu persatu
Dan mencipta jejak impian
Menjadikan arahku jelas
Aku harus ke hadapan

Ohoo… aku kini rindu
Pada satu nama yang berjasa
Tuhan, beri kekuatan
Untuk mendidikku selamanya
Ku pohon restu kasih-Mu
Ampunkanlah guru-guruku

Semalam ku lihat dia
Di bibirnya ada kalimah
Yang bergetar saban waktu
Sambil tangan menggenggam lilin
Lilin yang tiada terpadam
Menerangi hidupku kini


Monday, May 11, 2009

Lagu Untuk Ibu















Lagu Untuk Ibu

Seorang Wanita
Bermahkota Ibu
Menggenggam Jari-Jari Kecil
Ikatan Ini Tidak Kan Terurai
Kerna Tautan Ini
Tautan Darah dan Akidah
Dan Rahmat Dari Allah

Kini Ibu
Peganglah Tanganku Ini
Biar Kubawa
Ibu Menjelajah
Hasil Titik Peluhmu
Biar Kubawa
Kealam Ku
Hasil Ukiranmu
Selama Ini

Dodoianmu Ibu
Membina Benteng Pemisah
Antara Yang Hak Dan Yang Batil
Membakar Semangat Perjuangan
Mengait Kasih Pada Junjungan Tercinta
Tersujud Lemah
Mengabdi Diri
Kepada Yang Esa

Jika Belum Pernah
Kau Dengar Ucapan Terima Kasihku
Ketahuilah Doaku Ini
Moga Tuhan Menyayangimu
Sepertimana Kau Mengasihiku
Dari Dulu Hingga Kini
Untuk Selama-Lamanya

Wednesday, April 29, 2009

Keputusan Kabinet...Bagai Api Dalam Sekam...

24 April 2009, aku terbaca berita pasal keputusan kabinet bahawa anak dibawah umur kekal agama asal ibu bapanya walaupun salah seorang menganut Islam. Aku tak pasti macam mana pandangan orang lain pada perkara nie tp bagi aku it is a disaster...link

Berdasarkan pembacaan aku, keputusan nie dibuat berdasarkan keputusan jawatankuasa khas yang dipengerusikan oleh Menteri di JPM Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dianggotai Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam, Menteri di JPM Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom, dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk selesaikan kes K Pathmanaban atau nama Islamnya Mohd Ridzuan Abdullah.


Sebagai orang yang tak punya latar belakang undang2 sivil & syar'ie, tak payah la aku nak ulas isu nie secara teknikal, serahkan pada yang pakar...cuma sebagai seorang muslim aku sangat bimbang dengan status anak yang ibubapa diorang masuk Islam. Setakat nie ada dua isu aku nak kongsikan.


Yang pertamanya, kalau kedua-dua ibubapa masuk Islam, kenapa anak dia kena kekal bukan Islam. Sabda Nabi s.a.w : “Setiap anak dilahirkan atas ‘fitrah’, maka kedua ibubapanya yang menyebabkan ia menjadi yahudi, atau nasrani atau majusi (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Jadi secara tak langsung keputusan tersebut menafikan hak ibubapa untuk menentukan agama anak yang diperuntukkan oleh Islam.


Yang kedua, setakat yang aku tau, definisi bawah umur dalam konteks negara kita nie ialah bawah 18 tahun, so timbul satu tandatanya, apa status agama seseorang anak yang ibubapa atau salah seorang dah revert kepada Islam, dah aqil baligh ( biasanya sekitar 12-15 tahun) tapi belum sampai 18 tahun, dididik & hidup sebagai seorang Muslim...hakikatnya dia Islam, tapi keputusan kabinet nie bakal jadi api dalam sekam untuk digunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk menafikan status Islam kanak2 tersebut, lebih membimbangkan lagi kalau dia meninggal dunia sebelum capai umur 18 tahun, bagaimana kalau ada pertikaian untuk uruskan jenazah dia, adakah rujuk agama asal juga? Na'uzubillahi min zalik....


Harapan aku semua individu & organisasi yang berwenang dapat buat sesuatu...kita masih punya masa untuk reverse keputusan nie...jangan sampai dah parah nanti baru kita nak bertindak...semoga kita semua beroleh keampunan....Amin...

Tuesday, April 21, 2009

ISA; Keselamatan atau Kezaliman?

Minggu lepas dalam ASTRO Awani, aku ikuti diskusi tentang ISA. Diskusi tu attended by both sides BN & pembangkang, so faham-fahamlah, huru-hara jadinya sampai moderator tak sempat nak mencelah...susah juga kalau dah tua-tua pun tak tau nak bergilir untuk bercakap... Tapi dalam huru-hara tu, dapat jugak aku spot apa isi perdebatan diorang tu. Rasa pelik pulak tengok wakil BN beriya-iya benar mempertahankan ISA, tak sedar ke dia sedang mempertahankan kezaliman? Tak sedar ke berapa ramai isteri & anak-anak tahanan ISA yang merana akibat suami/ayah ditahan tanpa bicara? Sanggup ke dia nak jawab jawapan yang sama di akhirat nanti kenapa dia pertahankan kezaliman?

Ada beberapa contoh yang wakil BN bagi untuk justify ISA, secara rumusannya, semua alasan tu berkisar tentang;
  1. Bila memerlukan penahanan seseorang secara urgent;
  2. Bila tiada undang-undang khusus untuk mendakwa;
  3. Bila kebebasan seseorang memberi risiko kepada negara.

Pada aku, alasan-alasan nie semua lemah, tak mencerminkan satu keperluan yang betul-betul mendesak. Undang-undang sedia ada telahpun memboleh seseorang individu direman segera bagi memboleh siasatan dibuat. Jadi tak perlulah seseorang tu ditahan tanpa bicara kerana ia jelas satu kezaliman. Secara jelasnya bagi setiap kesalahan yang dilakukan sewajarnya ada undang-undang yang menyatakan kesalahan yang dilakukan, jika tidak, ia merupakan satu kelemahan sistem perundangan.

ISA memperuntukan; Section 73(1) Internal Security Act 1960: "Any police officer may without warrant arrest and detain pending enquiries any person in respect of whom he has reason to believe that there are grounds which would justify his detention under section 8; and that he has acted or is about to act or is likely to act in any manner prejudicial to the security of Malaysia or any part thereof or to maintenance of essential services therein or to the economic life thereof."
Sect 8. Power to order detention or restriction of persons. "(i) If the Minister is satisfied that the detention of any person is necessary with a view to preventing him from acting in any manner prejudicial to the security of Malaysia or any part thereof or to the maintenance of essential services therein or the economic life thereof, he may make an order (hereinafter referred to as a detention order) directing that that person be detained for any period not exceeding two years."

Pemberian kuasa mutlak kepada seseorang menteri untuk membuat justifikasi sama ada seseorang memberi risiko kepada negara adalah amat tidak wajar. Ia tak ubah seperti menggunapakai semula undang-undang kuno.

Islam sendiri telah menggariskan hak-hak orang yang dituduh untuk diberitahu kesalahannya, dibicarakan, dibenarkan membela diri dan dihukum dengan adil jika bersalah. Allah SWT yang hakikatnya berhak menghukum makhluk tanpa bicara pun bicarakan kita semua di mahsyar nanti, so siapa lah menteri nak menghukum orang tanpa bicara...

Firman Allah Taala dalam surah Hud ayat 113; "Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api Neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan."

Monday, April 13, 2009

Ihtifal Nasyid Sempena Karnival Amal Mesra Kota Damansara

11 April 2009, hari Sabtu, Kumpulan Haikal terlibat sebagai juri untuk program Ihtifal Nasyid bersempena Karnival Amal Mesra Kota Damansara. Program nie anjuran Sekolah Rendah Integrasi Al-Faizeen...bertempat di Dewan Komuniti Seksyen 7, Kota Damansara...


Oleh sebab programnya cuma beberapa jam (dari pukul 2 sampai pukul 6 petang) & wife pun dah plan nak balik Batu Pahat, aku decide untuk naik bas jer ke KL, memang macam nie pun rutin aku kalau Haikal ada show... Naik bas pukul 8 pagi & sampai kat tapak karnival tu sharp pukul 2. Masuk dewan, geng Haikal yang lain dah ready kat meja juri & kumpulan giliran pertama dah pun ada atas pentas...



Pertandingan dibahagikan kepada 2 kategori; rendah & menengah... memula sekolah rendah, ada 6 participants, dari segi suara boleh tahan juga bebudak nie...yang lebih aku impressed, percussionist diorg...kalau peringkat sekolah rendah diorang dah boleh main mcm tu, surely diorang boleh jadi percussionist yang hebat nanti...



Untuk peringkat sekolah menengah, ada 8 penyertaan, voice-harmonization adalah elemen tambahan. Hebat-hebat adik-adik nie, masa aku sekolah dulu pun tak tau lagi pecahan suara yang macam diorang buat tu...



Dari pemerhatian aku, bebudak nie semuanya berbakat & diorang ada minat untuk menceburi bidang muzik sama ada sebagai hobi mahupun sepenuh masa... Jadi sewajarnyalah, industri nasyid yang masih dapat sambutan nie dipelihara bagi memberikan adik2 nie alternatif yang lebih baik dalam mengenali muzik... sekurang-kurangnya ada medan yang lebih Islamik untuk diorang kembangkan bakat...