Selamat Hari Guru...buat semua pendidik dalam semua peringkat & dalam semua keadaan. Melalui kehidupan sebagai seorang ayah kepada 2 orang anak & 3 orang anak sedara menyedarkan aku betapa tugas mendidik & mengasuh bukanlah tugas yang mudah. Berdepan dengan pelajar zaman 'moden' dari sudut positif mahupun yang negatif, pendidik perlu miliki jiwa yang luhur & sabar, di samping kreatif dalam memastikan sesi pengajaran & pembelajaran berjalan sebaik mungkin. Walaupun persediaan menghadapi realiti bilik darjah telahpun didedahkan di peringkat maktab & universiti, kepelbagaian latar belakang pelajar memerlukan seorang guru mencari jalan & kaedah secara lebih inovatif.
Pengalaman sebagai pelajar menyedarkan aku bahawa betapa kerapkali pelajar gagal untuk memahami isi hati & maksud tindakan seorang guru. Berurusan dengan pelajar2 yang masih dalam proses mematangkan diri, dipersalahkan & dibenci menjadi lumrah kehidupan seorang guru.
Pengalaman sebagai pelajar menyedarkan aku bahawa betapa kerapkali pelajar gagal untuk memahami isi hati & maksud tindakan seorang guru. Berurusan dengan pelajar2 yang masih dalam proses mematangkan diri, dipersalahkan & dibenci menjadi lumrah kehidupan seorang guru.
Apa pun cabaran yang sedang & bakal digalas oleh seorang guru, harapan aku semoga semua yang telah memilih bidang perguruan sebagai kerjaya sentiasa tabah & ceria dalam melaksanakan tugas yang mulia ni....Semoga Allah SWT membalas kesungguhan anda semua dengan sebaik2 ganjaran...Selamat Hari Guru...
Pernah langkah ku payah
Menuju ke destinasi
Kerana malam gelap
Dan bintang hilang kerdipnya
Menjadikan arah ku keliru
Ke timur atau ke barat
Bagai lilin membakar diri
Menerangi kegelapan hati
Kau curahkan bakti dan budi
Jasamu tiada berganti
Namun tanpa rasa payah
Dia memimpin tanganku
Melangkah satu persatu
Dan mencipta jejak impian
Menjadikan arahku jelas
Aku harus ke hadapan
Ohoo… aku kini rindu
Pada satu nama yang berjasa
Tuhan, beri kekuatan
Untuk mendidikku selamanya
Ku pohon restu kasih-Mu
Ampunkanlah guru-guruku
Semalam ku lihat dia
Di bibirnya ada kalimah
Yang bergetar saban waktu
Sambil tangan menggenggam lilin
Lilin yang tiada terpadam
Menerangi hidupku kini
Thank U chedin. walaupun aku bukan bergelar guru dengan gelaran sebenar, tp tempiasnya tetap aku rasa :D (aku dpt bnyk sms dr stndt aku esp x-stdnt aku kat ganu tu
ReplyDeleteChe Din, jgn lupa sediakan present utk cikgu Muas ngan Anas.....
ReplyDeleteSelamat Hari Guru....Guru Pembina negara Bangsa....Terima kasih cikgu...
Sesama Maity, semoga korg semua terus bersemangat dlm mendidik. Hayati sajak ni http://www.moe.edu.my/hariguru/sajak.htm
ReplyDeleteTeja, aku dah prepare tp x cukup, tgguh dulu, esok baru bagi...heheheheh..