Wednesday, January 20, 2010

Berbaloi ke?


Berbaloi ke?
’Bawak mulut’ sini sana,
Cerita yang takde direka-reka,
Kerana kita orang bersengketa,
Pulangan yang dapat cuma seketika....


Berbaloi ke?
Merayap-rayap waktu kerja,
In-tray bertimbun buat tak tau aje,
Cukup bulan gaji terima,
Bagi makan satu keluarga…




Berbaloi ke?
Pakai baju aurat terbuka,
Pakai tudung macam tak ada,
Semua tengok cantik katanya,
Hati bangga berbunga-bunga...



Berbaloi ke?
Rasa nak kaya tak kira macam mana,
Halal haram belakang cerita,
Untung $ itu pokoknya,
Sapu aje mana yang ada...


Berbaloi ke?
Isteri ada tak cantik dimata,
Cari yang lain buat ’suka-suka’,
Pandai makan pandai la cover,
Depan isteri ”baiknye dia”....

4 comments:

  1. adeh3 makan dalaaaammm..

    thanks for the reminder chedin..bebaloi aku baca hik3..

    ReplyDelete
  2. Qim,
    Setiap entry ada cerita,
    Bukan jauh...kat depan mata,
    Mintak maaf la kalau terasa,
    Takde niat pun...nak kongsi je...

    Thanks Qim...

    ReplyDelete
  3. chedin, terima kasih atas peringatan buat diri yg sering terlupa or buat2 lupa....

    ReplyDelete
  4. maity,
    aku sendiri pn sama juga,
    pagi ingat petang dah lupa,
    mujur ada sahabat sehala,
    kalau sesat senang nak tanya...

    Thanks Maity...

    ReplyDelete