
Sebenarnya terlalu banyak input yang nak dikongsikan dengan sahabat-sahabat pembaca tapi buat masa ni biar aku fokuskan penulisan aku nie pada Plenary Session yang disampaikan oleh Tan Sri Amirsham A Aziz, Pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC). Pada aku sesi nie cukup penting untuk betul-betul memahami keadaan ekonomi Malaysia & mengenalpasti sama ada langkah-langkah yang telah diambil setakat ini mampu untuk melonjakkan ekonomi sekurang-kurangnya balik ke posisi asal.
Pertumbuhan ekonomi Malaysia berada pada tahap paling teruk semasa 1997-1998 economic crysis (>-5%). Selain tu, berdasarkan carta ni juga kita boleh simpulkan, polisi 'ekonomi belon' di mana pelaburan melebihi simpanan yang diamalkan sepanjang tempoh 1985-1997 sememangnya punya risiko yang tinggi, dimana ia menjadi punca bank-bank berada pada kedudukan insufficient reserve semasa krisis tersebut. Banyak lagi maklumat yang boleh diperolehi dari carta ni, renung-renungkan sambil fikirkan-fikirkan apa yang akan kita hadapi menjelang Wawasan 2020.
Sama ada kita sedar atau tidak kita dianggarkan telah kerugian 10 tahun berbanding tahun-tahun sebelum 1997. Kadar pertumbukan ekonomi bukan saja menyusut malah ia kekal ke paras purata 5.5% setahun menjadikan Malaysia ASEAN Tiger yang kehilangan taringnya. Seperti yang dapat dilihat, NEAC meramalkan Malaysia hanya akan mencapai status negara maju pada tahun 2030 sekiranya bertahan dengan kadar pertumbuhan sekurang-kurangnya 6% setahun.
Dengan jurang pendapatan yang semakin melebar, Malaysia bakal menempah ketaksamaan sosial yang dah melanda negara-negara seperti India dan Indonesia. Masalah ini akan menyebabkan pertumbuhan dan perkembangan ekonomi dan kekayaan negara hanya akan dirasai oleh segelintir kecil ahli masyarakat (top 20%) dan yang selebihnya hanya akan mendapat tempias darinya.
Kalau ada yang berminat untuk dapatkan versi penuh presentation daripada Tan Sri Amirsham, boleh dapatkan di sini.
No comments:
Post a Comment