Monday, September 28, 2009

Indahnya Lebaran Kurniaan Tuhan

Salam Aidilfitri buat sahabat pelawat & pembaca, agak lewat ucapan aku ni, tapi kira okay la since mood hari raya masih berbaki. Hari ni kebanyakan dari kita dah pun kembali bertugas, terasa sekejap benar seminggu lebih menghabiskan masa beraya di kampung, belum habis pun meronda rumah sedara mara.


Bercerita tentang raya, tahun ni aku sekeluarga memulakan Hari Raya kat rumah mertua di Sg. Balang, Muar, salah sebuah kawasan yang masih lagi menyimpan originality suasana perkampungan Johor. Raya tahun ni juga ada satu keunikan yang dah lama tak dirasai iaitu malam raya jatuh pada malam pengumuman. Kebiasaannya raya akan jatuh selang sehari selepas malam pengumuman. Jadi, walaupun kebanyakan orang dah ala-ala konfiden raya jatuh pada hari Ahad, aku masih jugak menunggu pengumuman penyimpan mohor besar raja-raja, saje nak dapatkan feel raya macam zaman kanak-kanak dulu...


Beraya sebagai seorang ayah, anak-anaklah yang paling aku raikan. Sejak dari awal puasa lagi aku dah war-warkan akan kedatangan lebaran dan kemeriahannya. Pada malam raya tu aku nampak keterujaan di wajah Muaz & Anas menunggu pagi, tak sabar nak pakai baju raya. Walaupun agak sibuk dengan persiapan yang belum selesai, aku & Fiza berusaha juga lah melayan kerenah budak berdua tu, main bunga api, nak makan kuih. Tengok keceriaan Muaz & Anas, teringat pada anak buah aku yang dah kehilangan ayah & berjauhan dari ibu, hanya nenek, pakcik & makcik jadi pengganti. Harap diorang tak terasa sangat kekurangan berhari raya. Semoga aku dapat berikan kasih sayang seorang ayah kepada diorang.


Laungan takbir raya tahun ni aku sahut dengan keazaman untuk memohon dan menghulur sebanyak mungkin keampunan dan kemaafan, selama 30 tahun aku bernafas, dah berbukit bukau dosa yang aku buat, tak sanggup rasanya nak memikulnya di Mahsyar nanti. Sebagai lelaki, aku akui ego menjadi halangan paling besar untuk berhadapan dengan hakikat kesalahan. Namun apalah ada pada ego jika nak dibandingkan dengan luasnya rahmat Tuhan. Aidlfitri peluang kita menjernihkan keadaan, meleraikan kekusutan, melenyapkan permusuhan, mengeratkan persaudaraan. Itulah Rahmat di sebalik kemenangan seusai Ramadhan.


10 comments:

  1. selamat hari raye...maaf atas segala salah silap sy...slm syg utk k.fiza,muaz & anas...

    ReplyDelete
  2. salam aidilfitri juga buat eita, maaf atas kesalahan dan kesilapan...salam sayang buat adam...

    ReplyDelete
  3. selamat hari raya che din, maaf zahir batin :)

    ReplyDelete
  4. selamat beraya chedin..heh..

    maap zahir batin..sorry x sempat nak beraya umah ko..pospone la anis jumpa anas nampak gayanya raya ni..huhu

    ReplyDelete
  5. selamat hari raya juga Awa & Qim, pohon maafkan kesalahan aku. bila nak buat reunion raya nie?

    ReplyDelete
  6. dpt wat marhaban aka beraya umah ex-smkabp 96 beramai3 best ni..senior3 kita dah stat, kita ntah bila laie..

    ReplyDelete
  7. selamat hari raya chedin dan family....huu chedin pon x dtg ke open house rmh aku huuu~

    ReplyDelete
  8. selamat hari raya jugak maity & danial, bila open-house nye tu? klu aku ada di JB insya-Allah aku datang...

    ReplyDelete
  9. chedin dh lepas dh la...24hb hr tu..hari khamis...yg dtg cuma teja n awa je...huuuu~....aku ade jemput dlm group lg

    ReplyDelete
  10. aiseymen...mcm mana blh terlepas nie, aku x online kt kampung, modem slow sgt, tu yg x tau tu...xpe la, dh xde rezeki...huhuhu...

    ReplyDelete