Dah lama jugak aku berniat nak tulis pasal rokok ni, tapi bila mengenangkan kawan-kawan yang masih lagi terbelenggu dengan rokok, rasa tak sampai hati. Tapi lepas difikir-fikirkan, ada baiknya aku teruskan kerana niat aku hanya untuk berkongsi rasa dan minda. Aku bukan la ustaz yang nak cerita pasal hukum merokok, kaedah istinbat hukum merokok dan perbezaan pendapat ulama tentang hukum merokok. Aku pun bukannya doktor yang pandai nak mengupas tentang bahayanya rokok dan unsur-unsur dalam rokok tu kepada manusia. Tapi sebagai orang awam, aku rasa bertanggungjawab untuk menyeru para perokok semua supaya lebih sensitif terhadap zon larangan merokok.
Setakat ini, tidak kurang daripada 22 kawasan diwartakan sebagai zon larangan merokok melibatkan lobi hotel, ruang pejabat berhawa dingin, pusat hiburan, hospital atau klinik, lif awam, kenderaan awam, tempat makan (kecuali kawasan yang dikhaskan), lapangan terbang (kecuali kawasan yang dikhaskan), premis kerajaan, dewan, institusi pendidikan tinggi, tadika, taman asuhan kanak-kanak, hentian pengangkutan awam, sekolah, kompleks membeli-belah, kompleks sukan, stadium, stesen minyak, kaunter perkhidmatan bank dan institusi kewangan serta kaunter-kaunter perkhidmatan yang lain. Dari apa yang aku perhatikan, pelaksanaan zon larangan merokok agak kurang diberi perhatian terutamanya di sekolah, tempat makan, lif, kompleks membeli belah, hentian pengangkutan awam malah di pusat asuhan kanak-kanak.
Sebagai orang dewasa, aku rasa para perokok cukup matang dalam menentukan keadaan dan tempat yang sesuai untuk merokok agar tidak melibatkan orang lain dalam 'upacara' tu, kerana prinsipnya adalah mudah, asap rokok tu seharusnya tidak masuk ke paru-paru orang lain. Dari pengalaman peribadi aku sendiri, kerapkali aku terperangkap dengan insiden dikelilingi oleh beberapa perokok yang tanpa rasa bersalah menghembus asap rokok semasa berbual. Yang lebih mengharukan ada juga yang sudi nak mendukung anak dengan rokok berasap di tangan.
Para perokok seharusnya telah sangat sedar tentang bahaya merokok seperti yang dah diwar-warkan berdasarkan kajian dan pengalaman. Jika seseorang memilih untuk merokok bermakna dia turut memilih untuk mengambil risiko merokok. Oleh kerana pilihan itu adalah pilihan peribadi, maka risikonya juga perlulah diambil secara peribadi tanpa melibatkan orang lain. Para perokok perlu lebih sensitif terhadap persekitaran terutamanya terhadap wanita mengandung dan kanak-kanak. Para perokok juga pastinya tak suka ditegur secara peribadi terutamanya dikhalayak ramai. Oleh itu, jadilah warga yang bertanggungjawab.
Alhamdulillah suami aku dah benti merokok lepas kawin... sbb aku ni allergic sket bau asap rokok.. sure bersin.. tapi buat yg belum benti tu.. mereka bukan shj mendedahkan diri mereka sendri kepada bahaya tetapi keluarga dan orang disekeliling mereka.. so pk2lah...
ReplyDeletesyukur la...hanya org yg betul2 tabah yg mampu berhenti...
ReplyDeleteasap rokok tu mmg bahaya especially klu ada asthma...
ayah aku adalah perokok tegar satu masa dlu. masuk hospital dh brapa kali pon aku x ingat. masa tu sedih sangat. banyak kali cuba utk berhenti tp berhenti sekejap je, lps tu hisap balik.tp at last ayah aku berjaya mengatasi ketegaran dia. ayah aku ambil peluang untuk berhenti merokok masa bulan puasa ramadhan thn 1998 kalau x silap. dan alhamdulillah sampai skrg ayah aku berjaya mengatasinya. syukur lg sbb hubby aku mmg bukan perokok. dan aku berdoa sgt agar adik3 aku x terjebak dgn rokok.
ReplyDeletehuhuhu...mesti susah nak berhenti klu dah lama merokok...arwah ayah & arwah abang aku dulu pn kuat juga merokok, ayah aku try nk berhenti bulan puasa 2003, tapi x blh 100%, cuma kurang la...arwah abg mmg perokok tegar, meninggal pn sbb jangkitan kuman dalam paru2...
ReplyDeleteTak suka orang yg hisap rokok.... lelebih lagi kalau tersatu kete ngan perokok ni...hu3..
ReplyDeletenak kongsi kisah benar yg terjd pada sepupu aku... anak dia umur sethn mengalami alahan pd kulit... mmg sensitif...memula ingat ruam biasa...tp lama kelamaan semakin teruk dan kerap demam... setelah dirujuk dihospital dah buat ujian darah semua didapati dlm darah tu dah de jangkitan kuman dan tahap nikotin yg tinggi...cemana leh ada nikotin pd baby plak??? pelik kan??? bila soal selidik rupanya bapak dia perokok tegar...ntah jenama apa agaknya yg dia hisap.... hu3..sian kat anak...x pasal2 dpt penyakit..skang ni tiap2 bulan kena gi spital cek darah, ambik ubat....kena ijek lg...sian..
beringatle semua...
thanks armouris & teja...
ReplyDeletepasal tu la aku cukup pantang klu org merokok kt tempat public nie, especially masa dgn anak2...rasa nk cucuh rokok kt idung dia...