Tuesday, March 10, 2009

REU SMKABP - Class of 96.



8 Mac 2009, lepas solat Subuh dah ada miss call dari tuan pengarah program, aku return call tak berjawab, mungkin dia sibuk buat persiapan. tak sampai seminit dia call balik, minta aku bawak ais, penyapu, parang & air paip. No problem boss. Kalau ikut perancangan manusia, hari ni aku & kawan2 dari batch 96 SMKA Bandar Penawar nak buat havoc kat Sembrong Lake Resort, kiranya reunion pertama batch 96. Pelik juga, walaupun kebanyakan dari yang nak datang nie bukan la orang yang aku biasa berhubung masa kat sekolah dulu tapi aku sangat teruja...

Pukul 8 pagi, kejutkan Muaz & Anas, dah bagitau diorang semalam nak pegi tengok horse....laju je la diorang bangun...mandi & bersiap. Walaupun dah janji dengan Director nak sampai pukul 8.30, pukul 8.30 baru aku berjaya bertolak dari rumah...pukul 9.15 baru sampai kat resort tu...

Bermula dengan sedikit komunikasi, akhirnya sesi perjumpaan berlangsung meriah, especially for the kids, walaupun agenda yang dirancang tak dapat dibuat, rasa puas hati dapat jumpa & tau perkembangan kawan2...ye lah, dah 12 tahun lebih kitorang tinggalkan sekolah...

Harapnye itu bukanlah perjumpaan yang terakhir, next meeting insya-Allah diadakan kat Hutan Bandar JB, tengoklah apa yang kami yang kat JB nie boleh usahakan. Hopefully lebih ramai yang boleh join nanti.

Pada aku penubuhan sebuah alumni nie selain dari mengeratkan silaturrahim sesama kawan2, perlu ada matlamat yang lebih bermakna. Sebagai sebuah organisasi yang bersandarkan gedung ilmu, seharusnya perlu ada satu keinginan untuk memberi sumbangan terhadap sekolah yang dah berjasa membentuk diri kita hari ini. Apa pun, ini adalah satu permulaan yang sangat baik. Semoga kami berjaya manfaatkannya dengan sebaiknya...

Monday, March 2, 2009

Seorang Anak, Suami dan Ayah

Salam...agak lama jugak tak berposting kat blog nie, mungkin sebab terlalu excited jumpa kawan-kawan lama kat Facebook. Walaupun setakat nie belum terkesan sangat dengan krisis ekonomi, akhir-akhir nie kepala sentiasa berserabut dengan keadaan politik yang sentiasa panas dan suam. Entah la kenapa aku concern sangat padahal aku tak terlibat secara langsung dengan mana-mana parti. Untuk nak menenangkan kepala aku nie baik aku fokus pada kehidupan aku sendiri; peranan dan tanggungjawab terutamanya sebagai seorang anak, suami dan ayah.

Kalau difikirkan dah banyak perubahan tentang tanggungjawab aku sebagai anak. Dulu aku dijaga, sekarang kewajipan aku menjadi penjaga. Dari seorang yang dilindungi, kepada seorang yang wajib melindungi. Selepas pemergian arwah ayah, semakin kuat rasanya nak mencurahkan segala yang terdaya pada mak. Walaupun tak seberapa, semoga aku dapat buat dia bahagia...


Bila renung wajah Fiza, tertanya-tanya dalam hati ni, apa nilai seorang suami dimata dia? Adakah aku dah berjaya buat dia melihat aku sebagai suami yang mampu membimbing dia dan keluarga? Memang diri aku ni banyak kekurangan, tapi itu tak boleh nak dijadikan alasan untuk tak beri yang terbaik pada keluarga. Melihat pada perkembangan Muaz dan Anas, rasa cuak juga takut-takut I do not serve as what they deserve... Maklumlah budak zaman sekarang ni advance, tak boleh nak ikut macam zaman aku dulu...psikologi kena lebih... Tu yang kalau orang tanya bila nak tambah lagi satu, susah nak jawab... kena bersedia mental, fizikal dan rohani... Bukan apa, takut hilang fokus. So buat masa ni, pause lah dulu...

Wednesday, September 10, 2008

Jauhnya Syurga

Ku cuba mengunyah keaiban di dalam diri ini
Yang tertuang dalam bekas kesedaran
Ku cuba menelan rasa cemas yang meracik hati dan jua perasaan ku
Di hening taubat dan penyerahan

Andai ditakdirkan waktu diundurkan kisah silam berulang
Pastinya kembali menganyan ilusi mewarnai mimpi
Selagi berpaut kepada impian yang entah terjadi
Menafikan takdir dan ketentuanNya merubahi nasib
Bukanlah ini kebetulan tapi suatu pertarungan
Diantara nafsu dengan keimanan

Ku sangka ku jumpa rupanya bayangan
Telah ku rentasi hutan penuh dosa
Mengapa ku ragu setelah dinyatakan
Kepastian yang belum ku temui
Sekian lamanya telah termateri suatu perjanjian
Jauhnya syurga untuk aku jejaki...

Lagu: Fazli FarEast
Lirik: Ito Lara
Munsyid: Haikal

Tuesday, September 9, 2008

Segalanya Pasti

Malam ditembusi kilatan berapi
Bulan hilang seri di langit yang berduri
Apakah nasib ku nanti
Mengharapkan simpati

Siangku terdampar di gurun yang tercalar
Berbarisan kabilah yang menagihkan nyawa
Apakah nasibku nanti
Ku serahkan kepada Nya

Hilang luruh kasih sayang
Hilang lenyap teman seperjuangan ku
Dan hilanglah sudah tempat ku bergantung
Namun ku percaya sinar pasti ada
Namun ku percaya sinar pasti datang

Peperangan duniawi dapat ku hadapi
Peperangan hakiki amat ku takuti
Apakah nasib ku nanti
Di dunia yang abadi

Hilang semua ku sayangi
Tinggal semua teman seperjuangan ku
Dan aku kan pulang kepada hadrat Mu
Namun ku berharap sinar pasti ada
Namun ku berharap sinar pasti datang...

Lagu : Siso Kopratasa
Munsyid: Azhan Atan

Monday, August 25, 2008